Decrease font size Default font size Increase font size

Perkampungan Sakinah

Print

Projek perkampungan SAKINAH dengan memilih kampung yang berpotensi menjadi satu platform dan juga role-model untuk membentuk dan mendidik masyarakat. Pemilihan kampung di setiap daerah di Negeri Johor ini antara lain untuk mengembalikan semula peranan dan tanggungjawab institusi kekeluargaan dalam mewujudkan sebuah masyarakat prihatin dan penyayang. Selain itu mempromosikan nilai hidup yang berlandaskan agama dalam usaha mewujudkan masyarakat seimbang dan bertanggungjawab.

Objektif program :-

  1. Memberi kemahiran untuk melaksanakan Modul Keluarga SAKINAH sebagai keperluan dan gaya hidup dalam institusi keluarga.

  2. Menggembeleng dan menggabung semua jabatan kerajaan dan sukarela dalam menjana sebuah masyarakat yang SAKINAH.
  3. Mengadakan projek printis  pengamalan Modul Keluarga SAKINAH secara berterusan di lokasi yang akan dikenalpasti
  4. Mewujudkan kesedaran di kalangan pemimpin masyarakat, ibubapa dan anak-anak berkaitan peranan keluarga dalam pembangunan masyarakat dan keluarga.
  5. Menjalankan kawalselia dan penilaian terhadap projek yang dijalankan dalam membantu penduduk membaiki kualiti kehidupan mereka.
  6. Memberi perkhidmatan sokongan kepada individu, keluarga dan masyarakat dalam menghadapi isu-isu semasa.

  7. Memberi kesempatan dan peluang kepada YPKDT dan fasilitator yang dipilih untuk melaksanakan program alternatif memperkukuhkan institusi keluarga dan masyarakat.


Kriteria perkampungan :-

  1. Penduduk adalah terdiri daripada 30 buah keluarga ke atas
  2. Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti masjid/surau, balairaya
  3. Terdiri daripada pelbagai lapisan umur.
  4. Penduduk lokasi tersebut bersedia dan berminat untuk menyertai projek ini.


Pengisian program :-

Bil.

Nama Program

Pengisian / Sasaran

 1.

 Kekeluargaan

 - Ceramah & Pengamalan Modul Keluarga SAKINAH.

 2.

 Kaunseling

 - Menjalankan sesi kaunseling.

 3.

 Menjana Pendapatan

 - Menyediakan kursus-kursus  kemahiran.

 4.

 Pendidikan

 - Memberi motivasi

 

Copyright © 2017 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.