Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 3.0) bagi mempromosi kesejahteraan psikologi dan menangani masalah mental dalam kalangan masyarakat Johor khususnya bagi mereka yang terjejas dengan pandemik wabak Covid-19 ini. Terdapat enam pelaksanaan yang akan dilaksanakan di bawah inisiatif MIND-X. Sebarang maklumat mengenai MIND-X dan tempahan temu janji sesi kaunseling boleh melayari mindx.my
KAEDAH PELAKSANAAN
- Mewujudkan perkhidmatan kaunseling atas talian secara percuma
- Menganjurkan webinar / bengkel / perkongsian ke arah kesihatan mental dan kaunseling secara percuma
- Mewujudkan klinik kaunseling di 4 daerah iaitu Johor Bahru, Segamat, Kluang, Pontian (fasa pertama)
- Mewujudkan mobile team kaunselor Johor
- Mewujudkan support group sebagai sokongan moral
- Menyediakan aplikasi perkhidmatan kaunseling & ujian psikologi atas talian.
Maklumat lanjut, sila layari www.mindx.my dan Facebook https://m.facebook.com/mindxypkdt.