Program Bantuan Beras Bangsa Johor telah berjaya dilaksanakan untuk fasa 1 pada 31 Mei 2022 sehingga fasa terakhir pada 18/6/2022. Ini adalah kali pertama Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan kepada seluruh Bangsa Johor tanpa mengira status ekonomi dan latar belakang penerima.

Bagi memastikan edaran Bantuan Beras Bangsa Johor ini sampai kepada setiap rumah di negeri ini, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk menyediakan platform aduan bagi mereka yang masih lagi belum menerima bantuan beras menerusi borang e-aduan yang akan bermula pada hari ini, 29 Jun 2022 sehingga 6 Julai 2022.

Borang boleh diisi secara atas talian di pautan https://aduanberas.johor.my/.

Setiap aduan akan akan disemak dan dimaklumkan status. Pengadu akan dimaklumkan status dan jika kes adalah genuine maka pengadu boleh mengambil beras di tempat yang akan ditetapkan oleh pejabat daerah masing-masing.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Pegawai Daerah, Agensi-agensi jabatan kerajaan, ADUN-ADUN, para penyelaras DUN serta NGO- NGO yang terlibat dalam menjayakan program ini.

#BangsaJohor
#MajuJohor

Skip to content