1,076,230
 Program Terkini

 

ANUGERAH PENYAYANG JOHOR 2011

Tarikh : 16 DISEMBER 2011 (JUMAAT)
Masa : 8.00 MALAM
Tempat 

: AMANSARI RESIDENCE RESORT, BANDAR SERI ALAM, JOHOR BAHRU

 

Anugerah Penyayang Johor merupakan satu pengiktirafan, penghargaan dan lambang kepada khidmat bakti cemerlang, ikhlas dan berterusan dalam kerja-kerja kemasyarakatan yang ditunjukkan dan dicurahkan sama ada oleh tokoh individu ataupun organisasi.
Anugerah ini diberikan, sebagai menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Johor dalam usaha-usaha kesukarelaan dan kemasyarakatan serta menggalakkan semua pihak di Negeri Johor untuk meneruskan usaha murni tersebut.
Objektif program ini ialah :-

  • Mempromosikan konsep tanggungjawab sosial dengan memberi penekanan kepada individu yang telah menunjukkan nilai-nilai murni yang tinggi dalam kerja-kerja kebajikan seperti nilai kasih sayang, pengorbanan (pemikiran, tenaga dan harta), ikhlas, pemurah dan sebagainya.
  • Mempromosikan konsep tanggungjawab sosial dengan memberi   penekanan kepada organisasi (swasta dan NGO) yang telah memberikan sumbangan yang berterusan dalam usaha atau kerja-kerja kebajikan  sama ada dalam bentuk  pemikiran, tenaga atau harta.
  • Memberi kesedaran atau mempengaruhi masyarakat (individu atau organisasi) bahawa terdapat banyak usaha-usaha kebajikan dan kemasyarakatan yang perlu dilaksanakan secara berterusan dan ikhlas bagi kesejahteraan masyarakat itu sendiri.
  • Mendidik dan memberi motivasi kepada masyarakat untuk bertindak  sendiri di dalam memberi sumbangan, bantuan dan perkhidmatan kemasyarakatan. Ini sejajar dengan kempen kerajaan Malaysia di dalam misi wawasan 2020 iaitu untuk mewujudkan masyarakat penyayang seiring menuju arus perdana. 
  • Mengiktiraf / menghargai sumbangan dan jasa yang telah diberikan oleh individu (dewasa atau muda) dan organisasi (sama ada sektor swasta atau NGO)
  • Menggalakkan individu, organisasi, pertubuhan, syarikat bagi bersaing memberikan khidmat dan sumbangan bakti mereka dalam kerja-kerja  kemasyarakatan.

Kategori Anugerah Penyayang Johor adalah seperti berikut :-

  • Anugerah Tokoh Penyayang (Kaum Melayu, Cina, India & Orang Asli)
  • Anugerah Organisasi Penyayang ( Swasta )
  • Anugerah Organisasi Penyayang (Badan-badan Sukarela )
  • Anugerah Tunas Penyayang (Pelajar Sekolah Menengah – Lelaki )
  • Anugerah Tunas Penyayang (Pelajar Sekolah Menengah- Perempuan )
   
 

 

Pra Perkahwinan | Persediaan Keibubapaan | Pra Keibubapaan | Bayi | Mumayyiz | Remaja | Dewasa | Alam Matang |
Usia Emas
| Khusnul Khatimah


Hakcipta terpelihara © 2002 – 2010 Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |
Penafian :
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim tidak bertanggungjawab
terhadap sebarang kehilangan / kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768