Decrease font size Default font size Increase font size

Bahagian / Unit

Print

BAHAGIAN OPERASI


OBJEKTIF UNIT WANITA & NGO

  • Membantu Ketua Isi Rumah (Ibu Tunggal) dan Wanita berpendapatan rendah menjana pendapatanterutama di lokasi rumah, home based.
  • Menggalakkan peranan wanita dalam Pembangunan Keluarga.
  • Meningkatkan penyertaan wanita terutama Ketua Isi Rumah dan Wanita berpendapatan rendah dalam sektor ekonomi
  • Menggerakkan NGO Wanita sebagai rakan kongsi menjalankan program membentuk masyarakat yang harmoni, bahagia, sejahtera dan penyayang.

OBJEKTIF UNIT KEKELUARGAAN  

  • Membimbing masyarakat tentang peri pentingnya peranan keluarga sebagai unit terkecil sebagai permulaan dalam membentuk masyarakat yang Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.
  • Melahirkan generasi yang berwawasan dan menghayati Al-Quran dan Hadith melalui pendekatan program Modul Keluarga Sakinah.
  • Membentuk masyakarat mempunyai nilai akhlak yang tinggi dan semangat kecintaan terhadap Agama, Bangsa dan Negara.

 

OBJEKTIF UNIT PEMBANGUNAN MODUL & LATIHAN

  •  Membuat dan melaksanakan modul- modul baru serta penambahbaikan kepada modul-modul sedia ada jabatan serta memberikan latihan-latihan kepada pegawai penyelaras dan penggerak.

 

OBJEKTIF UNIT KAUNSELING & MOTIVASI

  • Memberi khidmat kaunseling & rundingcara kepada klien secara percuma.
  • Melaksanakan program-program motivasi di  peringkat jabatan, institusi, dan sekolah.
  • Melaksanakan program-program menerusi anjuran bersama atau jemputan dari pihak lain.



OBJEKTIF UNIT PROJEK SOSIAL  

  • Menyalurkan bantuan peralatan kepada golongan berpendapatan rendah / ibu tunggal yang layak.
  • Menyediakan tempat rawatan dialisis yang selesa serta selamat dengan harga yang minimum kepada pesakit-pesakit buah pinggang.
  • Memberikan perkhidmatan penjagaan anak (TASKA) kepada kakitangan kerajaan.

 

OBJEKTIF UNIT PENEMPATAN PEKERJAAN ORANG KURANG UPAYA (UPPOKU)

  • Memberi khidmat penempatan pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) secara percuma.
  • Melaksanakan program-program promosi bagi penempatan pekerjaan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Johor.
  • Melaksanakan program pembangunan OKU menerusi anjuran bersama atau jemputan dari pihak lain.

 

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA & KEWANGAN

OBJEKTIF UNIT SUMBER MANUSIA

  • Meningkatkan mutu perkhidmatan pentadbiran, perjawatan, perkhidmatan dan kewangan jabatan dapat dijalankan dengan cekap, licin, teratur dan berkesan  mengikut peraturan-peraturan perkhidmatan awam.


OBJEKTIF UNIT KEWANGAN

  • Memastikan pengurusan kewangan YPKDT diurus dengan cekap, benar dan bersistematik mengikut tatacara kewangan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Enakmen Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling, Perintah Am dan Piawaian prinsip-prinsip perakaunan yang telah ditetapkan.

 
OBJEKTIF UNIT PROMOSI & PUBLISITI

  • Untuk memberi sokongan logistik yang berkesan, teratur dan tepat pada masanya.
  • Mempromosikan produk yayasan melalui media elektronik, media cetak dan media massa.

 

BAHAGIAN KAJIAN / PENYELIDIKAN & TEKNOLOGI MAKLUMAT

 
OBJEKTIF UNIT KAJIAN/PENYELIDIKAN

  • Mengkaji, mengawasi, menyelidik dan mengumpul maklumat serta data mengenai masalah kekeluargaan dan isu sosial dengan tujuan mengenalpasti tindakan dan program bagi mengatasi masalah tersebut.

 

OBJEKTIF UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT 

  • Mengurus dan merancang sistem maklumat berkomputer dan pangkalan data jabatan.
  • Mengurus pentadbiran dan keselamatan ICT jabatan khususnya dan kerajaan amnya.
  • Mengurus dan memantau program latihan ICT kepada anggota Yayasan.
  • Mengurus dan mengendali pembangunan dan pengemaskinian laman web rasmi jabatan.

Copyright © 2017 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.