Decrease font size Default font size Increase font size

Piagam Pelanggan

Print

PIAGAM PELANGGAN YPKDT

Kami warga kerja YPKDT berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut :-


UNIT KEWANGAN

  • Memastikan semua tuntutan yang lengkap dibayar dalam tempoh 14 hari bekerja.

 

UNIT KEKELUARGAAN

 

  • Memastikan ceramah Modul Keluarga Sakinah dilaksanakan minima 20 kali setiap bulan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri Johor  (DUN).

  • Memastikan program Pengamalan Sakinah dilaksanakan minima sekali setahun di semua kawasan Dewan Undangan Negeri Johor  (DUN).

  • Menjalankan aktiviti MKS di setiap Perkampungan Sakinah pada setiap bulan di setiap daerah.

 

UNIT WANITA & NGO

  • Memastikan permohonan pendaftaran ibu tunggal di setiap daerah diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari.

  • Memastikan kursus Kemahiran kepada ibu-ibu tunggal dan wanita yang berpendapatan rendah dilaksanakan di seluruh daerah sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.

  • Memastikan maklumat pendaftaran ibu tunggal dikemaskini oleh semua daerah empat (4) kali setahun.
  • Memastikan laporan perjalanan aktiviti dan kewangan NGO yang menerima geran diterima sebelum 31 MAC setiap tahun.
  • Memastikan pelbagai program wanita dilaksanakan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.

 

UNIT KAJIAN DAN PENYELIDIKAN

  • Menyelesaikan analisa borang penilaian program yayasan dalam tempoh satu (1) minggu.
  • Memastikan penemuan hasil kajian dibentangkan kepada pihak pengurusan dalam tempoh dua (2) minggu selepas kajian disiapkan.

 

UNIT PEMBANGUNAN MODUL DAN LATIHAN

  • Mengkaji keberkesanan dan menambahbaik Modul Keluarga Sakinah serta panduan dan kaedah pengamalan Modul Keluarga Sakinah pada setiap tahun.
  • Memastikan latihan diadakan kepada Pegawai Penyelaras dan Pegawai Penggerak sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.

 

UNIT MOTIVASI DAN KAUNSELING

  • Melaksanakan 10 program motivasi di peringkat jabatan, Institusi dan sekolah pada setiap tahun.
  • Memastikan tindakan serta merta diambil terhadap semua permohonan perkhidmatan kaunseling atau rundingcara dalam waktu bekerja.
  • Memastikan khidmat kaunseling atau rundingcara diberi dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh aduan diterima.

 

UNIT PROJEK SOSIAL

  • Memastikan proses permohonan bantuan peralatan golongan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah  diselesaikan dalam tempoh satu (1) bulan.
  • Memastikan bantuan peralatan golongan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah  yang telah diluluskan disampaikan dalam tempoh satu (1) bulan.
  • Memastikan khidmat penjagaan kanak-kanak / bayi kepada kakitangan awam bermula pada jam 7.15 pagi hingga 6.00 petang hari bekerja di TASKA YPKDT.

 

UNIT PROMOSI DAN PUBLISITI

  • Memberi informasi dan menyediakan perkhidmatan pameran YPKDT yang diperlukan oleh pihak berkenaan.
  • Menerbitkan Buletin YPKDT sekurang-kurangnya sekali setahun.

  • Memastikan aduan dijawab dalam masa tiga (3) hari waktu bekerja.

 

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Menguruskan pembangunan sistem aplikasi dalaman jabatan diselesaikan dalam tempoh enam (6) hingga 12 bulan.
  • Menguruskan kemudahan ICT jabatan seperti berikut :-

    **Menyediakan keperluan prasarana ICT dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh kelulusan Ketua Eksekutif.

    **Memberi maklumbalas aduan kerosakan dalam tempoh satu (1) hari dan membuat penyelesaian dalam tempoh tiga (3) hari.

    **Mengemaskini kandungan laman web jabatan dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh maklumat diterima.

 

UNIT PENEMPATAN PEKERJAAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

  • Memastikan permohonan pekerjaan OKU didaftarkan dalam tempoh satu (1) hari.
  • Memastikan padanan kerja calon OKU yang berkelayakan dilaksanakan dalam tempoh satu (1) minggu.
  • Memastikan penempatan pekerjaan OKU dibantu dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh didaftarkan.
  • Melaksanakan pemantauan OKU yang telah ditempatkan bekerja dalam tempoh enam (6) bulan. 

 

(BERKUATKUASA PADA 1 SEPTEMBER 2012)

 

Copyright © 2017 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.