Decrease font size Default font size Increase font size

Pengenalan

Print

Keluarga Adalah Unit Terkecil Di Dalam Satu-Satu Masyarakat Namun Pembangunannya Secara Langsung Atau Tidak Adalah Merupakan Pembangunan Masyarakat Berkenaan. Jika Diperluaskan Lagi Konsepnya Maka Pembangunan Masyarakat Keluarga Itu Akan Menjadi Faktor Penentu Dalam Pembangunan Satu-Satu Bangsa Itu.

Dalam Hal Itu Adalah Penting Bahawa Pembangunan Keluarga Dirancang Dan Dilaksanakan Supaya Meliputi Segala Aspek Dan Aktiviti Kehidupan Manusia Amnya Dan Keluarga Khususnya, Dengan Tumpuan Perhatian Kepada Aspek-Aspek Sosial, Ekonomi Juga Politik.

Di Atas Kesedaran Inilah Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim Telah Bersetuju Menubuhkan Enakmen Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim Bilangan 2 Tahun 1997 Yang Telah Diluluskan Oleh Dewan Undangan Negeri Pada 19 Mei 1997. Maka Bermulalah Operasi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim Pada 1 Oktober 1997.


MOTTO

Iltizam, Harmoni, Cemerlang

MISI

Menangani masalah sosial dan memperkukuhkan sahsiah individu, keluarga dan masyarakat melalui program-program yang sistematik.

VISI

Masyarakat di Negeri Johor hidup dalam keadaan sejahtera, beriltizam, harmoni dan cemerlang melalui institusi keluarga yang kukuh dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

MATLAMAT

  • Mengukuhkan institusi keluarga
  • Membawa wanita dalam arus pembangunan
  • Menangani masalah sosial

STRATEGI

  1. Memberi bimbingan rohani dan jasmani kepada individu/keluarga untuk memanfaatkan kekuatan dan potensi diri bagi menyelesaikan masalah yang dihadapai melalui ceramah, bengkel/LDK, seminar, motivasi, khidmat nasihat dan sesi dialog.
  2. Mengkaji, mengawasi, menyelidik dan mengumpul maklumat serta data mengenai permasalahan kekeluargaan dan isu sosial dengan tujuan mengenalpasti tindakan dan program bagi mengatasi masalah tersebut.
  3. Menggembleng dan menggabungkan semua jabatan kerajaan dan badan sukarela untuk sama-sama berusaha menangani masalah sosial dalam masyarakat.
  4. Menyampaikan maklumat dan mempromosi program-program dan perkihdmatan yang dilaksanakan oleh YPKDT kepada masyarakat.
  5. Penghargaan dan pengiktirafan kepada individu dan organisasi di atas sumbangan dan jasa mereka dalam aktiviti sosial dan institusi keluarga.
  6. Menyediakan perkhidmatan sokongan kepada individu, keluarga dan masyarakat.
  7. Mempelbagaikan sumber pendapatan bagi membiayai program-program dan projek yang dirancang.

RASIONAL LOGO YPKDT

 

  1. Konsep keseluruhan logo ini memaparkan / menonjolkan pendekatan pembangunan keluarga yang holistik dilambangkan dengan bentuk bulan sabit yang didukung oleh wadah yang kukuh.

  2. Bentuk kombinasi yang memaparkan ciri-ciri kemuliaan keluarga bahagia berlandaskan Islam. Bentuk bulan sabit dan tulisan jawi adalah lambang kepada ciri-ciri Islam. Tulisan jawi pula melambangkan masyarakat berilmu.

  3. Terdapat keseragaman warna latar biru pada bulan sabit yang dilengkapkan dengan gabungan simbolik grafik satu keluarga harmoni yang kukuh dan mantap.

  4. Tangan yang diikat ke atas melambangkan sebuah keluarga harmoni yang sentiasa ceria dan bahagia.

  5. Terdapat perbezaan warna pada grafik keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu, anak lelaki dan anak perempuan. Warna pada anak lelaki dan anak perempuan adalah proportionate daripada warna biru (bapa) dan merah (ibu). Ini melambangkan penyambungan zuriat / keturunan di dalam sebuah keluarga. Begitu juga, ibu bapa bertanggungjawab di dalam mencorakkan kehidupan anak mereka.
Copyright © 2017 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.