Bazar@Suri Johor

Print

BAZAR@SURI JOHOR Merupakan sebuah projek pembangunan usahawan golongan sasar YPKDT secara holistik. Konsep atau nama BAZAR dipilih kerana maksud bazar itu sendiri

Definisi : 1 bahagian / tempat membeli-belah; pasar. 2 deretan atau kelompok gerai tempat menjual berbagai-bagai jenis barang dagangan yang agak murah

Konsep BAZAR@SURI JOHOR

1.    Tempat  berkumpul usahawan-usahawan bimbingan YPKDT

1.1  ibu tunggal

1.2  wanita berpendapatan rendah

1.3  orang kurang upaya

 

2.    Tempat pengumpulan / jualan / pemasaran produk-produk usahawan bimbingan YPKDT

 

PERLAKSANAAN PROJEK BAZAR@SURI JOHOR

1.    PENGKELASAN USAHAWAN YPKDT

Daripada data usahawan YPKDT, usahawan-usahawan ini akan dikategorikan mengikut peringkat usahawan

1.1  usahawan yang telah menghadiri kursus kemahiran dan menjalankan perusahaan secara home based

1.2  usahawan yang telah menjalankan perusahaan,sudah / belum berdaftar SSM

1.3  usahawan yang telah menjalankan perusahaan, telah bertaftar SSM, sudah / belum memilik premis perniagaan sendiri

1.4  usahawan berjaya – lanjutan kepada penarafan / piawaian produk

 

2.    MARKETING / PEMASARAN

2.1  Dilaksanakan secara kecil-kecilan di setiap program-program anjuran YPKDT daerah

2.2  Menyertai program / acara / karnival bagi penjualan produk-produk usahawan bimbingan YPKDT

2.3  Membangunkan direktori usahawan-usahahwan YPKDT seluruh Negeri Johor

2.4  Peluang kerjasama bersama pusat-pusat beli belah