Decrease font size Default font size Increase font size

Program Keusahawanan Golongan Orang Kurang Upaya

Print

1. Program Latihan & Promosi (PLP)

Program Latihan & Promosi adalah satu program untuk membantu golongan OKU, ibu tunggal dan keluarga berpendapatan rendah meningkatkan ekonomi & pendapatan dengan melakukan aktiviti perniagaan yang sesuai dengan keupayaan. Selain itu, ia bertujuan meningkatkan kefahaman berkaitan pengurusan perniagaan bagi memberi nilai tambah dalam urusan perniagaan.

 

Objektif program adalah :

  • Melatih golongan OKU, Ibu Tunggal dan golongan berpendapatan rendah mahir dalam pelbagai bidang secara teknikal.
  • Meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan dan mengurangkan kebergantunggan Negara terhadap sumber tenaga asing bagi memenuhi pasaran kerja tempatan ekonomi Negara
  • Vendor yang dilantik akan membantu peserta dari segi latihan, promosi peningkatan kemahiran serta pemantauan. 
  • Menggalakkan golongan OKU, Ibu Tunggal dan golongan berpendapatan rendah bekerjasama bagi faedah di bidang ekonomi supaya taraf hidup golongan tersebut dipertingkatkan.
  • Mewujudkan usahawan dan produk- produk perniagaan dibawah YPKDT  
  • Memudahkan pencarian tenaga kerja oleh pihak industri serta perkhidmatan yang disediakan oleh YPKDT melalui web YPKDT.

 

Konsep program adalah seperti berikut :

  • Program ini berkonsepkan kursus kemahiran dan pengurusan khas bagi golongan OKU, ibu tunggal dan keluarga berpendapatan rendah melaksanakan perniagaan yang sesuai dengan keupayaan mereka. 
  • Setiap peserta hanya boleh memilih satu kursus kemahiran sahaja.
  • Peserta akan dipantau sepanjang program ini dijalankan.
  • Bantuan peralatan akan diberikan kepada perserta yang menunjukkan kesungguhan di dalam bidang masing-masing.

 

2. Program Zero To Hero : Melestari Pembangunan Sosio-Ekonomi Golongan Orang Kurang Upaya

Kursus kemahiran dan pengurusan perniagaan ini dikhaskan untuk golongan OKU yang kurang berkemampuan, sukar memperolehi kerja dan mempunyai limitasi dalam pergerakan. Setiap kursus yang dibangunkan ini akan membantu bukan sahaja dari aspek kemahiran teknikal mengendalikan perniagaan tetapi juga dalam aspek pengurusan perniagaan.

MATLAMAT      

 

  • Membantu golongan OKU meningkatkan ekonomi dan pendapatan mereka dengan melakukan perniagaan yang sesuai dengan keadaan serta keupayaan mereka
  • Membantu golongan OKU dalam meningkatkan ilmu dari aspek kemahiran dan pengurusan perniagaan sekaligus meningkatkan nilai tambah pada perniagaan mereka


OBJEKTIF

  • Memberi latihan dan kursus yang boleh OKU gunakan untuk menjalankan perniagaan yang sesuai dari rumah
  • Meningkatkan pendapatan ekonomi OKU dengan mewujudkan bantuan ilmu dan peluang perniagaan yang sesuai dengan keupayaan mereka
  • Memberikan maklumat terkini tentang bantuan-bantuan perniagaan yang boleh OKU mohon untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka
  • Membantu meningkatkan jaringan kerjasama antara OKU dengan pihak YPKDT dan Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim

 
IMPAK PROGRAM (OUTCOME) 

  • Meningkatkankan bilangan OKU yang mampu berdikari menjana pendapatan sendiri dengan melakukan perniagaan yang sesuai dengan keadaan dan keupayaan mereka
  • Meningkatkan bilangan usahawan OKU berkonsepkan ‘Small Business Home Business’ dengan melakukan perniagaan dari rumah sahaja tanpa perlu keluar ke mana-mana tempat.
  • Meningkatkan peratusan kekurangbergantuangan OKU terhadap bantuan kerajaan semata-mata kerana mereka sudah mampu melaksanakan perniagaan sendiri.
  • Meningkatkan bilangan OKU yang mempunyai kemahiran tertentu yang mampu memberi nilai tambah kepada mereka sekiranya mereka berkerja dengan pihak lain.
  • Meningkatkan bilangan pekerja OKU sekiranya usahawan OKU ini turut mengambil golongan OKU untuk berkerja dengan mereka sesuai dengan malamat Skim Bantuan Perniagaan OKU (SBPOKU)
  • Meningkatkan jaringan kerjasama antara YPKDT dan Kerajaan Negeri Johor Daul Ta’zim dengan golongan OKU sekaligus membuktikan bahawa golongan OKU tidak pernah disisihkan dalam arus pembangunan negeri Johor Darul Ta’zim

 

Copyright © 2019 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.