Kembara Sakinah

Print

Program ini diharap dapat mendidik masyarakat tentang pelbagai ilmu pengetahuan yang terkandung dalam Modul Keluarga Sakinah disamping mempromosikan YPKDT di kalangan masyarakat. Program ini juga diharapkan dapat mendidik masyarakat untuk saling menjaga hubungan baik dengan ahli keluarga, jiran tetangga, agensi Kerajaan, swasta, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pemimpin setempat. Pelbagai aktiviti dirancang untuk menyemai sifat sukarelawan, berkasih sayang serta hormat menghormati sekaligus membantu mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

 
OBJEKTIF

 

1. Mewujudkan suatu hubungan yang mesra antara pemimpin, agensi keluarga dan masyarakat setempat.

2. Menyebarluaskan peranan YPKDT dan pengisian Modul Keluarga Sakinah (MKS) kepada masyarakat.

3. Memupuk semangat budaya tolong-menolong, bekerjasama, bantu-membantu dalam pelbagai aktiviti aktiviti sosial dan sukarelawan.

 

SASARAN 

 Program ini disasarkan kepada pelbagai kelompok umur dengan penglibatan agensi Kerajaan, swasta atau Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO,) masyarakat dan pemimpin setempat.


AKTIVITI

 - Ceramah
- Aktiviti MKS
- Senamrobik / Fun Run
- Konvoi bersama pemimpin untuk menyampaikan sumbangan kepada orang yang memerlukan
- Sukaneka
- Jualan dan pameran pelbagai agensi
- Pemeriksaan Kesihatan
- Pelbagai pertandingan