Decrease font size Default font size Increase font size

Projek ERA Johor

Print

Projek ERA Johor atau Projek Ekonomi Rakyat Johor adalah satu projek yang bertujuan meningkatkan hasil pencarian golongan berpendapatan rendah melalui konsep keusahawanan sosial. Projek perintis telah dilaksanakan di Pasir Gudang, Johor yang melibatkan tiga bidang keusahawanan, iaitu tanaman cili fertigasi, tanaman cendawan tiram kelabu dan pembuatan ais krim. Projek ERA Johor adalah ilham daripada YAB Menteri Besar Johor. Bagi tahun 2017/2018, pelaksanaan Projek ERA Johor diketuai oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) yang melibatkan empat jenis bidang keusahawanan, iaitu tanaman cili fertigasi, tanaman cendawan tiram kelabu, pembuatan ais krim dan penternakan lebah kelulut bagi menghasilkan madu. Projek ini dipantau oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

YPKDT telah melantik Al Muhsin Consultancy Services bagi membantu mewujudkan usahawan dari kalangan peserta yang telah dipilih oleh agensi-agensi berikut iaitu YPKDT, KEMAS, JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli), LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara), JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan JPW (Jabatan Pembangunan Wanita).

Mentor akan melatih peserta, memastikan kelengkapan perniagaan dan perniagaan tani disediakan dengan sempurna, membimbing, melatih dan membeli semula hasil pertanian para peserta dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Projek ERA Johor dilaksanakan dalam lima fasa, iaitu:

  • Fasa I – Sesi Suaikenal; iaitu berkenalan dengan peserta, lawatan tapak dan memberi penerangan mengenai ERA Johor
  • Fasa II – Kursus dan Persediaan; peserta mengikuti kursus yang ditetapkan dan dalam masa yang sama, peralatan pertanian dan perniagaan disediakan
  • Fasa III – Kursus pengurusan dan laksana aktiviti; peserta melaksanakan aktiviti pertanian atau perniagaan dan dalam masa yang sama mengikuti kursus-kursus pengurusan, kewangan dan pemasaran
  • Fasa IV – menuai dan memasar
  • Fasa V- serah menyerah; pada penghujung program pemantauan, semua projek bakal diserahkan kepada KEMAS untuk aktiviti pemantauan


Empat jenis projek keusahawanan sosial yang telah dipilih adalah:

  • Projek tanaman cili fertigasi
  • Projek tanaman cendawan tiram kelabu
  • Projek pembuatan ais krim
  • Projek ternakan lebah kelulut bagi menghasilkan madu

Projek tanaman cili fertigasi dilaksanakan di 16 lokasi iaitu :



Projek tanaman cendawan tiram kelabu dilaksanakan di 6 lokasi iaitu :

Projek pembuatan ais krim dilaksanakan di 5 lokasi iaitu :

Projek ternakan lebah kelulut bagi menghasilkan madu dilaksanakan di 4 lokasi iaitu :

 

 

Copyright © 2018 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.