Decrease font size Default font size Increase font size

Program Minda Insan

Print

Objektif program ini ialah :-

  1. Menyedarkan peserta tentang peranan serta tanggungjawab mereka dalam meningkatkan ekonomi keluarga tanpa mengharapkan bantuan pihak lain.
  2. Memberi kesedaran tentang potensi diri yang perlu digilap dalam menggunakan peluang yang ada untuk terus berjaya dalam kehidupan mereka.
  3. Memupuk nilai daya saing yang tinggi dikalangan peserta program dalam memperbaiki dan mengukuhkan ekonomi keluarga selain bermotivasi tinggi dan mempunyai sahsiah yang baik dalam mengharungi kehidupan.

Golongan sasar program adalah 60 orang anak-anak golongan miskin di setiap daerah di Negeri Johor. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama antara Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim dengan Pejabat Daerah. 

Antara pengisian program ini adalah Kenali Diri (Ceramah/LDK Motivasi Diri), Produktiviti Kendiri (Meningkatkan Taraf Hidup Sosial), Pembangunan Rohani, Senamrobik dan C.U.C.I (Carilah Dirimu Untuk Cintai Ilahi).

 

 

 

 

Copyright © 2017 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.