Decrease font size Default font size Increase font size

Mutiara Kata

Print


USRAH
SAKINAH

By: Ustaz Abd. Rais Bin Haji Abu Bakar

Where 1 problem is solved by MANY people, that’s is Usrah.

Where a happiness is shared TOGETHER, that is Usrah.

When 1 people forget, OTHERS reminding, that is Usrah.

Instead of hanging out alone, hang out TOGETHER, that is Usrah.

In short, Usrah is all about WE, not ME.

Lest join any Usrah group today, have fun, connecting with people,

while generating more and more PAHALA. Insya Allah!!!     

 

BAGINDA RASULULLAH SAW BERSABDA: “Perumpamaan orang-orang yang beriman itu didalam hati mereka saling cinta-mencintai, kasih-mengasihi dan bertimbang rasa sesama mereka adalah laksana tubuh badan yang 1 (satu). Apabila mana-mana bahagian tubuh ditimpa sakit, maka seluruh tubuh badan akan turut serta berjaga malam dan merasakan kesakitannya”.

(Hadis Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim)

“SAKINAH, MAWADDAH DAN RAHMAH”.

 

PUISI PUJANGGA: NAFSU 

Disediakan Oleh: Ustaz Abd. Rais Haji Abu Bakar 

Wahai nafsu………

Alangkah buruknya tujuan hidupmu.

Jahat sekali engkau menghasut umat manusia.

Di dunia dan di akhirat.

Nafsu terasa senang tinggal dalam diriku.

Untuk membawa…

Aku bersahabat dengan iblis dan syaitan. 

Nafsu…

Sudah kukenal dirimu,

Sudah kukenal kejahatanmu.

Sudah kutahu niat tujuanmu.

Waktu aku diuji Allah SWT.

Engkau begitu bahagia sekali.

Engkau bukan mahu menolongku.

Malah, engkau menyesatkan aku pula. 

Engkau pujuk aku…

Agar derhaka dengan Syariat Allah SWT.

Engkau pujuk aku.

Agar berburuk sangka…

Dengan Allah SWT.

Engkau takut-takutkan aku dengan segala kesusahan,

Hingga aku terseksa sekali dibuatnya. 

Nafsu…

Engkau ajak aku berkeluh kesah…

Engkau himpunkan dalam hatiku rasa gelisah.

Engkau ajar aku menderhakai Allah SWT.

Sungguh buruk asal tujuanmu itu. 

Waktu aku diberi segala nikmat Allah SWT.

Engkau tidak mengajak aku mensyukurinya.

Tapi engkau membuat aku terlonjak riang.

Aku terlupa diri dan berasa malu.

Aku terlupa rahmat dan hidayah Allah SWT.

Alangkah hinanya.

Engkau wahai nafsu. 

Wahai nafsu…

Engkau ajak aku bersifat sombong dan tamak.

Engkau bimbing aku bersikap riak, takbur, bakhil dan ujub.

Hingga aku memandang hina kepada orang lain.

Demikianlah…

Kau jadikan aku…

Binatang tungganganmu. 

Nafsu…

Aku sudah kenal tipu dayamu.

Sudah kutahu segala lakonanmu.

Sudah kurasa perit kerana kecuaianku.

Aku tidak akan lalai lagi denganmu.

Aku tidak akan terus mengikut langkahmu.

Selepas ini aku akan meninggalkanmu.

Aku akan bertaubat dan kembali taat kepada Allah SWT.

Aku akan minta seluas-luasnya keredhaan Allah SWT.

Dan nafsu tinggallah kamu sendirian sahaja.

Aku akan patuh dengan semua suruhan Allah SWT…

Untuk melindungi aku dari segala kejahatanmu.  

 

PUISI PUJANGGA : DUNIA 

Disediakan Oleh: Ustaz Abd. Rais Haji Abu Bakar 

Dunia oh dunia.

Dunia adalah padang luas.

Dimana Saidina Adam dan Saidatina Hawa diturunkan.

Ada di dalamnya pelbagai cerita.

Ada di dalamnya pelbagai angkara. 

Dunia tempat insan mengembang zuriat.

Disinilah anda mengejar segala kehidupan.

Awaslah dengan kehidupan ini.

Jika anda lalai memahami erti hidup.

Anda akan ditelan malapetaka. 

Belajarlah mengenal diri.

Belajarlah mengenal Ilahi.

Belajarlah menjadi insan terpuji.

Jika tidak…

Anda akan rugi selamanya. 

Dunia ini penuh ranjau dan dugaan.

Dunia ini penuh tipu daya dan syaitan.

Jangan anda lalai tanpa tujuan.

Kerana dunia yang indah ini…

Adalah persinggahan sementara untuk insan.

Dunia yang indah ini adalah ujian. 

Mereka yang beramal soleh,

Akan beroleh kebaikan.

Mereka yang taat akan suruhan Allah SWT,

Akan beroleh kebajikan…

Dan kemenangan. 

Jangan anda lalai dengan warna-warni dunia.

Jangan anda leka dengan keasyikan dunia.

Kerana dunia akan berakhir juga.

Dunia akan musnah jua.

Dan insan yang setia.

Kepada Allah SWT dan  RasulNya…

Akan mendapat balasan Syurga,

Di alam yang lebih abadi iaitulah di akhirat kelak. 

Tidak perlu anda bawa kemewahan,

Jika anda menemui kematian,

Pastikan Husnul Khatimah menjadi milik kita,

Hanya amalan yang soleh,

Amal jariah dan anak-anak soleh,

Yang mendoakan ibubapanya,

Untuk ketenteraman di akhirat jua. 

Wahai manusia!

Jadilah insan yang soleh,

Jadilah Muslim yang taat,

Jadilah orang yang berguna,

Jadilah warga yang setia,

Dan jadilah penganut Islam mulia,

Yang mendapat keuntungan di dunia,

Mahupun  di akhirat…

Ingatlah dunia ini hanya sementara,

Berbaktilah sebelum terlena.        

 

PUISI PUJANGGA : AGAMA

Disediakan Oleh: Ustaz Abd. Rais Haji Abu Bakar 

Agama itu adalah cahaya…

Agama itu adalah penyuluh yang terang…

Agama itu memberikan kebaikan di dunia…

Agama juga penyelamat manusia yang beriman di akhirat. 

Tanpa agama dan ilmu hidup ini kosong…

Tanpa agama kita menjadi seorang yang buta di dalam celik…

Tanpa agama hidup menjadi semakin layu…

Tanpa agama kita hanya menjadi hamba abdi kepada nafsu. 

Agama ialah tiang hidup…

Agama adalah peneguh hati.

Agama adalah penyelamat warisan…

Akan rosaklah bangsa tanpa agama…

Bagai taman tidak berbunga…

Bagai malam tidak berbintang.

 


PRAYER
 


I asked for strength

And God gave me difficulties

To make me strong

 

I asked for wisdom

And God gave me problem to solve

 

I asked for prosperity

And God gave me brain and brawn to work

 

I asked for courage

And God gave danger to overcome

 

I asked for love

And God gave trouble people to help

 

I asked for favours

And God gave me opportunities

 

I received nothing I wanted

I received everything I needed

My prayer has been answered


Disediakan Oleh : Ustaz Abd. Rais Haji Abu Bakar 

 

RAHSIA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT


Surah Al-Mu’minun (Orang-orang Yang Beriman) 

“Sesungguhnya Beruntunglah Orang-orang Yang BERIMAN Itu” 

Siapakah orang yang beriman itu…? 

  • Orang yang khusyuk dalam solatnya
  • Orang yang menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia
  • Orang yang menunaikan zakat
  • Orang yang menjaga kemaluannya
  • Orang yang memelihara amanah dan janjinya
  • Orang yang memelihara solatnya

MAKA… 

Mereka itulah yang mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya… (Al-Quran) 

Disediakan Oleh : Ustaz Abd. Rais Haji Abu Bakar

 

 

Copyright © 2017 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.