Decrease font size Default font size Increase font size

Husnul Khatimah

Print

MODUL 10 : KHUSNUL KHATIMAH

Usaha bagi mendapatkan khusnul khatimah
Tanggungjawab membantu orang yang hampir mati.

 

Muqaddimah

Setelah manusia menjalani tempoh usia tertentu yang ditetapkan oleh Allah SWT yang Maha Kuasa, seseorang itu pasti akan menempoh akhir kehidupan iaitu kematian.

Setiap manusia pasti akan menempuh kematian dan kematian itu akan menemui kita pada bila-bila masa sahaja. Kematian akan menjelma sama ada melalui penyakit, kemalangan, bencana dan sebagainya yang telah ditentukan oleh Allah Taala. Umur yang ditentukan oleh Allah itu tidak akan berubah dan berganjak biar sedetik pun, ia apabila sampai masanya akan datang tanpa diundang.

 

Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 185 :

·         Maksudnya : “Setiap jiwa manusia pasti akan menempuh mati”.

 

FirmanNya lagi dalam surah An-Nisa’ ayat 78:

·         Maksudnya : “Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatican kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh”.

Husnul Khatimah bermaksud berakhimya kehidupan manusia di dunia dengan kesudahan yang baik sebaliknya su’ul khatimah iaitu berakhirnya kehidupan manusia sebagai penyudah yang buruk. Oleh itu, manusia hendaklah berusaha mendapatkan husnul khatimah pada penghujung kehidupannya.

 

Objektif :

  • Untuk Mendapatkan penyudah kehidupan yang baik iaitu husnul khatimah.
  • Meninggalkan jasa dan bakti kepada keluarga, bangsa, agama dan negara.

 

Program 1 : Pengetahuan
Program 2 : Penghayatan
Program 3 : Kerohanian
Program 4 : Kewangan
Program 5 : Khidmat Bakti Terhadap Orang Yang Hampir Mati
Program 6 : Sejurus Meninggal Dunia
Program 7 : Tajhiz Mayat

 

Copyright © 2019 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.