Decrease font size Default font size Increase font size

Alam Matang

Print

MODUL 8 : ALAM MATANG

( 40 HINGGA 50 TAHUN )

 

  • Berkaitan usaha mempersiapkan diri menghadapi usia emas.
  • Peningkatan ibadat fardhu ain & sunat.
  • Penyucian nafsu
  • Menjauhi larangan Allah.

 

Muqaddimah

Alam matang merupakan satu tahap di mana seseorang itu mencapai usia 40 tahun ke atas. Permulaan alam dewasa yang mana ia adalah dikaitkan dengan peristiwa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu ketika berusia 40 tahun. Pada tahap usia ini setiap orang perlulah menyiapkan diri dengan rapi untuk menghadapi hari-hari yang mendatang dengan lebih yakin dan bersedia sama ada dari segi fizikal dan spiritual bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat. Ia adalah merupakan peringkat umur untuk menerima tanggungjawab yang besar dan mencabar.

 

Objektif :

  • Untuk melahirkan ibu bapa mithali.
  • Untuk melahirkan insan kamil yang matang.
  • Untuk melahirkan insan yang mempunyai ilmu pengetahuan luas dalam semua bidang.
  • Untuk melahirkan kesedaran, bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan negara.
  • Untuk menjadi sumber rujukan kepada generasi muda.

 

Program 1 : Pengetahuan
Program 2 : Kerohanian
Program 3 : Fizikal Dan Kesihatan
Program 4 : Kewangan
Program 5 : Sosial Dan Kemasyarakatan

Copyright © 2019 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.