Decrease font size Default font size Increase font size

Modul Kasih

Print

Pakej Modul KASIH

Pembangunan Pakej Modul KASIH adalah lanjutan daripada Pakej Modul Komunikasi Pembangunan Keluarga Berkualiti, bertujuan memberi satu garis panduan yang memfokuskan kepada topik dan isu-isu kritikal masa kini. Modul ini dibangunkan berasaskan kepada kitaran hidup keluarga. Pakej Modul KASIH mengandungi 5 modul:

  • Modul Pembangunan Remaja (PERMATA KASIH) - 1997

    • Melalui modul ini, remaja akan dibimbing menerusi program dan
      aktiviti-aktiviti yang dapat menyumbang ke arah pemupukkan
      nilai, sikap dan ciri-ciri amalan hidup yang positif, berketrampilan
      dan berdaya tahan menghadapi cabaran perubahan yang semakin
      kritikal


      Modul Pembangunan Remaja (PERMATA KASIH)

      Kandungan Modul :

      1. Salam perkenalan
      2. Bina keluarga
      3. Pembangunan Diri
      4. Jalinan Mesra
      5. Katakan "TIDAK"
      6. Aku dan keluarga
      7. Muhasabah Diri
      8. Citra remaja Malaysia
      9. Kembara
      10. Penilaian Kursus

  • Modul Keibubapaan Anak Kecil (BELAIAN KASIH)-1998

    • Ibu bapa adalah agen sosialisasi utama dan terdekat dengan anak-anak.
      Usaha membudayakan nilai-nilai murni bermula dari rumah. Ibubapa
      harus peka terhadap keperluan dan tahap kebolehananak dan perlu
      bersabar serta tegas apabila timbul masalah yang bersangkut-paut
      dengan proses perkembangan pada tahap tertentu supaya dapat
      menghindari berlakunya masalah sosial


      Modul Keibubapaan Anak Kecil (BELAIAN KASIH)

      Kandungan Modul :

      1. Tanggungjawab Ibu Bapa
      2. Mengenali Anak
      3. Interaksi Dalam Keluarga
      4. Menanggani Anak
      5. Membimbing Anak Bertanggungjawab
      6. Membimbing Anak Kurang Upaya

  • Modul Persediaan Perkahwinan dan Pemantapan Keluarga (BAHTERA KASIH)-1998

    • Modul ini dibentuk bagi meningkat ilmu pengetahuan dan kemahiran
      sebelum dan sesudah berkahwin. Ia meliputi teknik dan strategi
      persiapan mendirikan rumahtangga dan membantu memantapkan hubungan
      keluarga serta menanggani masalah kekeluargaan.

 

  • Modul Kebapaan (PANCARAN KASIH)-1999

    • Modul kebapaan ini dirangka sebagai satu usaha menarik kaum bapa
      supaya aktif dan proaktif dalam tanggungjawab sebagai bapa dengan
      meningkatkan pengetahuan, kemahiran keibubapaan, amalan dan
      penghayatan sebagai role model. Modul ini sangat optimis untuk
      melahirkan bapa unggul yang menjadi aspirasi dan kebanggaan keluarga.


      Modul Kebapan (PANCARAN KASIH)

      Kandungan Modul :

      1. Konsep bapa dan kebapaan
      2. Hak dan tanggungjawab bapa
      3. Sains dan seni kebapaan
      4. Strategi kebapaan efektif

 

  • Modul Keibubapaan Anak Remaja (MUTIARA KASIH)-1999

    • Modul ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran,
      kefahaman serta kebijaksanaan ibubapa dalam mendidik dan membimbng
      anak remaja ke arah menanggani perubahan, transisi dari alam
      kanak-kanak ke alam dewasa.

      Modul Keibubapaan Anak Remaja (MUTIARA KASIH)

      Kandungan Modul :

      1. Getusan mesra 
      2. Dekati dan fahamilah saya 
      3. Kita sekeluarga 
      4. Yang baik itu fitrah
      5. Yakin boleh 
      6. Memujuk kasih 
      7. Ilmu penyuluh hati
      8. Ikatan kasih
Copyright © 2017 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.