Decrease font size Default font size Increase font size

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN OKU

Print

1. PENEMPATAN PEKERJAAN ORANG KURANG UPAYA

Penubuhan unit ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan Program “Encouring Increased Participation by People With Disabilities In The Workplace in The State In Johor” iaitu program kerjasama di antara Kerajaan Negeri Johor dan United Nations Development Programme (UNDP).

Unit Penempatan Pekerjaan Orang Kurang Upaya (UPPOKU) beroperasi dengan  merujuk kepada ‘Employment Model’ atau Model Pekerjaan sebagai rangka kerja bagi merealisasikan objektif utama program iaitu memastikan peningkatan bilangan OKU di dalam sektor pekerjaan di Negeri Johor.  

Terdapat 6 proses / langkah di dalam Model Pekerjaan (Employemnt Model) ini iaitu Job Preparation/ VocasionalProfile, Job Development, Job Match, Job Placement, Job Training dan Follow Up-Follow along. Walaubagaimanapun, dalam laporan ini hanya tiga (3) komponen sahaja yang diberikan tumpuan iaitu Vocational Profile, Job Development dan Job Placement 

 

2. BENGKEL MENJANA EKONOMI ORANG KURANG UPAYA

Bengkel ini dirangka khas untuk golongan Orang Kurang Upaya, OKU fizikal. Kekangan dan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai terutamanya OKU yang mengalami kecederaan spinal yang mana mereka menggunakan kerusi roda untuk bergerak telah menghadkan penyertaan mereka dalam sektor pekerjaan semasa.

Keperluan kepada fisiliti mesra OKU di tempat kerja seperti ram untuk akses, tandas dan keperluan fasiliti khas yang lain yang minimum di tempat yang menawarkan pekerjaan telah menghadkan penyertaan golongan ini dalam sektor pekerjaan.  Oleh yang demikian, golongan ini lebih cenderung untuk menjalankan kegiatan yang boleh menjana ekonomi daripada rumah kerana ini lebih mudah untuk mereka. Oleh yang demikian, bengkel yang dipilih untuk dilaksanakan ini adalah bengkel berbentuk vokasional dan kemahiran vokasional daripada bengkel ini boleh digunakan untuk menjana ekonomi daripada rumah.

Bengkel jangka pendek berbentuk latihan kemahiran vokasional dengan kerjasama pengusaha yang telah berjaya dengan produk yang mempunyai permintaan pasaran semasa. Kerjasama strategik antara pihak Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim melalui Unit Penempatan Pekerjaan Orang Kurang Upaya dan pengusaha terpilih yang mempunyai kredibiliti untuk menjalankan program ini. Kerjasama ini juga melibatkan pihak Hospital Sultanah Aminah yang mana peserta sasaran bagi program ini datangnya daripada “Spinal Injury Support Group”, HSA.

Dalam program ini, pihak pengusaha akan bertindak sebagai mentor yang bukan sahaja memberikan latihan vokasional kepada peserta bengkel, tetapi memberikan tunjuk ajar dan bahan mentah untuk menghasilkan produk yang mana produk siap ini akan dibeli balik oleh pengusaha untuk dipasarkan. Ini secara tidak langsung akan dapat membangunkan kemahiran dan ekonomi para peserta. Dalam jangkamasa panjang, peserta boleh menghasilkan produk mereka sendiri hasil daripada kemahiran yang telah diperolehi menerusi bengkel dan program ini.

Bengkel usahasama ini memberikan situasi menang-menang kepada semua pihak-pihak yang terlibat. Selain itu, bengkel ini juga sebahagian daripada usaha kerajaan dalam membantu menjana pendapatan golongan OKU sasaran ini dan secara tidak langsung menyumbang kepada kadar pertumbuhan ekonomi setempat dan negara. Di pihak pengusaha atau swasta pula, ini merupakan salah satu program CSR yang baik yang mana mereka dapat memberikan bantuan kepada masyarakat secara tidak langsung. Di pihak OKU pula, bengkel ini seterusnya akan memberikan mereka peluang untuk menceburi bidang perniagaan dalam jangkamasa panjang.

Seterusnya, program ini dimasa akan datang jika berjaya boleh menjadi model pembangunan kemahiran usahasama dua hala antara pihak kerajaan dan swasta dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan seterusnya dalam jangkamasa panjang program ini akan dapat mewujudkan usahawan-usahawan daripada golongan OKU sasaran ini.

Objektif bengkel :-

  1. Memberikan latihan vokasional yang mana kemahiran ini boleh digunakan untuk menjalankan perusahaan yang menjana ekonomi golongan OKU sasaran dari rumah.
  2. Mewujudkan perusahaan atau peluang pekerjaan daripada rumah untuk golongan OKU sasaran.
  3. Meningkatkan kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta dalam usaha membangunkan ekonomi golongan OKU di Negara ini.

Jadual dan pengisian kursus :-

  1. Bengkel ini akan dijalankan oleh pihak pengusaha yang telah dipilih. Bengkel akan memberikan latihan dan teknik untuk menghasilkan produk yang telah dipilih.
  2. Untuk bengkel ini, bahan dan peralatan akan disediakan oleh pengusaha dan seterusnya bahan dan peralatan akan diberikan kepada mereka yang berminat untuk meneruskan program ini di rumah.
  3. Pihak UPPOKU, YPKDT akan menjadi badan penyelaras antara pihak pengusaha dan peserta bengkel dan program menjana ekonomi OKU ini


Copyright © 2019 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.