Decrease font size Default font size Increase font size

PROGRAM SUB-MODUL MKS

Print


(1)   PROGRAM KEMAHIRAN KEKELUARGAAN (PENGAMALAN MODUL 2)

Persediaan diri sebagai pasangan suami isteri adalah  penting sekiranya menginginkan sebuah  rumahtangga yang tenang, bahagia dan harmoni. Ketenangan, kebahagiaan dan keharmonian tidak akan terjadi dengan sendiri tanpa individu tersebut memahami cara untuk menggapainya. Oleh yang demikian, satu program. 

Objektif program :-  

  1. Memberi maklumat dan melaksanakan saranan yang terkandung di dalam Modul 2 dalam kehidupan.
  2. Mengetahui kaedah dalam mencari keberkatan dalam hidup terutama semasa memasuki alam perkahwinan.
  3. Mempertingkatkan kesedaran peserta terhadap peranan dan tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri dalam melalui alam perkahwinan. 

Peserta adalah terdiri daripada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga.  

Pengisian program :- 

  • Ceramah  : ’Perkahwinan sebagai Ibadah’
  • Ceramah   : ’Indahnya Hidup Berkeluarga’
  • LDK I       : Penghayatan Hidup Berkeluarga
  • LDK II       : Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Di Masjid 

 
(2) SELANGKAH SEIRING JALAN
 

Institusi keluarga berperanan penting dalam proses pembentukan rohani dan jasmani seorang individu. Pelaksanaan serta kemajuan dari segi pembangunan negara telah banyak merubah peranan institusi keluarga. Pemindahan peranan institusi keluarga kepada agen sosialisasi telah menimbulkan banyak masalah sosial dan komunikasi. 

Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang perlu dipertahankan melalui peranan yang diharapkan daripada ahli keluarga. Keharmonian berkeluarga dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. 

Hubungan ini merangkumi perhubungan spiritual (agama), emosi seperti kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab, berpendidikan serta sifat-sifat kebendaan.  Oleh itu institusi keluarga adalah institusi terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat rohani dan jasmaninya, berilmu serta bermoral. 

Objektif program ini adalah :-  

  1. Menjelaskan tentang konsep memahami, menyayangi, menghormati dan kominikasi efektif dalam perhubungan kekeluargaan
  2. Memudahkan ibu bapa atau pasangan menyepadukan tindakan dalam usaha ke  arah kecemerlangan kekeluargaan di masa hadapan.
  3. Mempertingkatkan keilmuan dan kefahaman dalam membina rumahtangga bahagia berasaskan kasih sayang di antara ahli keluarga.  

Pengisian program ini adalah :- 

  1. Ceramah, Latihan Dalam Kumpulan,
  2.  Aktiviti berkumpulan
  • Peranan dan Tanggungjawab Ibu Bapa SAKINAH
  • Cabaran Ibu Bapa SAKINAH dan strategi menanganinya.
  • Motivasi Keibubapaan Cemerlang.
  • Komunikasi
  • Ikrar Cinta bersama pasangan  

Kumpulan sasaran bagi program ini ialah pasangan yang baru mendirikan rumahtangga (1-10 tahun perkahwinan).  


(3) PERMATA SAKINAH
   

Program Permata SAKINAH dijalankan untuk memberi pendedahan kepada bakal ibu dan juga bapa terutamanya yang akan menimang cahaya mata  tentang kepentingan asuhan anak di peringkat bayi. Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan ilmu secara teoritikal serta praktikal kepada ibubapa yang berusaha menjadikan diri mereka pemimpin rumahtangga yang berwibawa.

Objektif program :-  

1.  Memberi pendedahan kepada bakal ibu dan juga bapa terutamanya yang akan
     menimang cahaya mata  pertama tentang kepentingan asuhan anak di
     peringkat bayi.  

2.  Memberikan pendedahan ilmu kemahiran keibubapaan secara teoritikal dan
     juga praktikal.
 

Pengisian program :- 

1.     Pembinaan Kerohanian Bayi
2.     Kesihatan & Pemakanan : Hubungan Ibu dan Bayi
3.     Pengurusan Kewangan : Menyediakan Keperluan Selepas  Bayi Lahir  

Kumpulan sasar program ini ialah suami dan isteri yang hamil. 


(4)   GERAK SAKINAH 

Mengukuhkan institusi keluarga memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi. Ianya melibatkan semua ahli keluarga termasuklah ibu, bapa dan anak-anak. Peranan mereka adalah besar menentukan hala tuju keluarga dalam mencapai kebahagiaan. 

Melibatkan kepada hubungan kekeluargaan yang semakin rapuh dan kurang mesra maka satu langkah bagi mengukuhkan institusi keluarga, satu program yang dapat menyatukan ahli keluarga dirasakan amat penting dan perlu diwujudkan sesuai dengan hasrat kerajaan untuk  melahirkan  keluarga bahagia dan masyarakat penyayang. 

Objektif program :- 

1.  Membuka minda masyarakat terhadap proses asuhan anak-anak bermula
     sebaik sahaja lahir.

2.  Membimbing masyarakat dalam menerapkan amalan aqiqah, bercukur rambut
     dan mengisytiharkan nama yang baik pada hari ketujuh.  

3.  Memberi peluang kepada YPKDT dalam membantu masyarakat
     menghasilkan generasi yang terbaik dan berketrampilan.  

Kumpulan sasar program ini ialah ibu-ibu yang bersalin, bapa dan bayi.  

Program ini akan dilaksanakan berpandukan Modul 4 di dalam Modul Keluarga SAKINAH  bagi melaksanakan tuntutan sempena hari ketujuh seperti berikut :-  

  • Aqiqah
  • Cukur Rambut
  • Memberi nama yang baik
  • Khatan

 
(5) PROGRAM REMAJA SAKINAH
 

Program Remaja SAKINAH diilhamkan di atas kesedaran bersama untuk membangun dan memantapkan institusi keluarga bagi melahirkan sebuah masyarakat yang mampu menghayati dan merealisasikan wawasan 2020 atas landasan nilai dan tradisi bangsa yang murni. 

Keperluan program pemasyarakatan pendidikan dan pembangunan keluarga adalah perlu memandangkan agenda sosial kini kian menjadi tumpuan dasar dan program negara. YPKDT mengambil tanggungjawab ini untuk melaksanakan program perubahan dan pembangunan sikap yang berteraskan nilai-nilai murni bangsa. 

YPKDT merangka program ini dengan menggunakan kaedah penyemaian penyuburan potensi dan pencegahan. Ia dilakukan menerusi pengukuhan dan pemantapan institusi keluarga membina generasi muda yang berkualiti menerusi Program Penghayatan Keluarga SAKINAH yang berteraskan konsep Sabar, Amanah, Kasih, Intim dan Nadi kepada Aman Damai dalam Hidup.

Objektif program ini adalah :-  

  1. Menyedarkan anak-anak remaja tentang peranan serta tanggungjawab masing-masing dalam memantapkan institusi keluarga.

  2. Memberi pemahaman yang lebih matang kepada setiap ahli keluarga tentang penghayatan budaya ilmu.

  3. Melahirkan remaja beriman, bertakwa serta berwawasan di samping menyediakan generasi bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, bangsa, negara dan agama.

  4. Memberikan suntikan baru kepada remaja untuk mengembalikan semula semangat juang, berani membuat keputusan yang betul dan tepat serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang menjadi “Role-Model” kepada remaja lain dan berani memikul tanggungjawab di samping menjayakan tanggungjawab itu dengan penuh amanah.   

Sasaran program ini adalah golongan Belia / Remaja dan Remaja Bermasalah. Jangkamasa program selama 2 hari 1 malam.  

Pengisian program ini adalah :-  

1.             Bimbingan & Motivasi

2.             Pembentukkan Sahsiah srta Pembangunan diri yang inovatif

3.             Kepimpinan

4.             Pelan Tindakan Ke Arah Menempuh Alam Dewasa

5.             Bimbingan Kerjaya

6.             Kecergasan dan Gaya Hidup Sihat

7.             Kemahiran Belajar 


(6) MAHLIGAI IDAMAN
 

Program Mahligai Idaman dijalankan untuk memberi pendedahan kepada ibubapa serta anak remaja tentang kepentingan hubungan yang berkualiti antara mereka bagi menjana kehidupan yang sejahtera. Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan ilmu secara teoritikal serta praktikal kepada ibubapa yang berusaha menjadikan diri mereka pemimpin rumahtangga yang berwibawa. Di samping itu, program ini juga bermatlamat mendedahkan golongan remaja tentang harapan kedua ibubapa mereka di samping cuba mengendali serta mengenali diri mereka sendiri dari sudut psikologi dan fizikal supaya golongan remaja ini akan menjadi golongan yang berwawasan dan sentiasa menseiringkan diri mereka dengan segala keperluan rohani, jasmani serta pengharapan kedua ibu bapa mereka. 

Objektif program :-  

1.  Untuk melahirkan keinsafan perlunya diwujudkan suasana cemerlang di
     kalangan ibu bapa dan golongan remaja.  

2.  Untuk membuka ruang minda remaja supaya menjadi orang yang berguna
     terutamanya kepada kedua ibubapa mereka secara telus. 

3.  Untuk menimbulkan keyakinan yang mendalam perlunya gabungan yang
     mantap antara ibubapa dan anak-anak terutamanya golongan remaja dalam
     usaha mencapai kecemerlangan dalam keluarga.  

4.  Untuk sama-sama berikrar mewujudkan budaya cemerlang dalam kehidupan
     berkeluarga.

5.  Untuk mewujudkan suasana hormat-menghormati  terutamanya di kalangan
     ibu bapa dan anak-anak remaja.  

Program ini akan dilaksanakan berpandukan Modul Keluarga SAKINAH sebagai asas pelaksanaan program keseluruhannya. Antara isi kandungannya adalah seperti berikut :-  

1.     Aktiviti “ Siapa Pasangan Anda?”
2.     Aktiviti “ Mengungkap Kemesraan “
3.     Aktiviti Debat Agung : “ Urusan Rumahtangga di tangan siapa?”
4.     Aktiviti “ Ungkapan Kasih” & Penilaian  

Kumpulan sasar program :-

1.  Ibubapa yang ingin mendedahkan diri mereka kepada konsep keibubapaan dan
     corak pimpinan rumahtangga yang sistematik dan berkesan.  

2.   Anak remaja (anak kepada pasangan yang mengikuti program) yang
     “berpotensi” dan mempunyai kemahiran diri dan sosialisasi yang memberikan 
     
manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat.  


(7)   SEHARI BERSAMA KELUARGA
 

Senario keluarga masa kini telah mengalami perubahan dari segi struktur dan fungsi keluarga. Tumpuan lebih diberikan kepada pembentukan keluarga asas berbanding dengan keluarga luas. Pada masa yang sama pasangan suami isteri bekerja di luar rumah. Fenomena ini secara tidak langsung menyebabkan ikatan kasih sayang mulai renggang disebabkan oleh kesibukan mencari rezeki sehingga melupakan hari-hari yang patut disambut oleh keluarga. Di samping itu, institusi keluarga menghadapi pelbagai cabaran yang boleh menggugat keutuhan rumahtangga. Antara cabaran yang dihadapi oleh keluarga ialah pengaruh budaya dan persekitaran  negatif yang mula menyerang minda anak-anak sehingga mengakibatkan banyak berlakunya gejala sosial. 

Objektif program :- 

1.     Memupuk sikap lebih bertanggungjwab dan kerjasama di antara pasangan
        dalam urusan kekeluargaan khususnya dalam pembinaan sahsiah
        anak-anak.
 

2.     Menggalakkan setiap unit keluarga agar terlibat secara aktif dan proaktif
       dalam aktiviti kekeluargaan.

3.     Mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang dan kemesraan di dalam keluarga
        dalam usaha mewujudkan keluarga Sakinah.

Kumpulan sasar program :-
 

1.     Setiap anggota keluarga di dalam masyarakat bandar dan desa
2.     Remaja / Belia.


Pengisian program :-
 

1.     Diskusi Keluarga

2.     Aktiviti kekeluargaan

3.     Sukaneka


(8) NOSTALGIA PERKAHWINAN
 

Program Nostalgia Perkahwinan dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pasangan suami isteri dalam menguruskan rumahtangga mereka di peringkat awal. Pengurusan yang perlu diketahui meliputi aspek ekonomi, penjagaan anak, peranan suami isteri dan sebagainya. Program ini juga bertujuan memberikan ilmu tentang komunikasi efektif kepada pasangan suami isteri agar dapat menjadi pasangan yang saling menghormati dan mempercayai antara satu sama lain, di samping sebagai satu usaha ke arah melahirkan suasana rumahtangga yang aman dan rukun seterusnya melahirkan generasi yang hidup dengan lebih bermakna. 

Objektif program ini adalah :- 

1.  Memberi pendedahan kepada pasangan kepentingan merancang dan
     melaksanakan Dasar Perkahwinan yang efetif agar memenuhi kehendak dan
     keperluan pasangan.  

2.  Memahami kepentingan Dasar Perkahwinan terhadap pengurusan
     rumahtangga.  

3.  Memperjelaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan dilaksanakan
     oleh setiap pasangan terhadap Dasar perkahwinan yang telah ditetapkan oleh
     mereka.  

Program ini akan dilaksanakan berpandukan Modul Keluarga SAKINAH sebagai asas pelaksanaan program keseluruhannya. Antara isi kandungannya adalah seperti berikut :-  

1.     Aktiviti “ Siapa Pasangan Anda?”
2.     Aktiviti “ Mengungkap Kemesraan “
3.     Aktiviti Debat Agung : “ Urusan Rumahtangga di tangan siapa?”
4.     Aktiviti “ Ungkapan Kasih” & Penilaian  

Kumpulan sasar bagi program ini ialah pasangan suami isteri ( 10 tahun perkahwinan ke atas ) – yang mahu meningkatkan kemahiran komunikasi intrapersonal dan interpersonal dalam kehidupan seharian.  


(9) MUZAKARAH KELUARGA
 

Seiring dengan pembangunan negara dalam era globalisasi ini, peranan intelektual yang bertindak sebagai agen perubahan masyarakat merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu. Tuntutan terhadap barisan intelektual bukan hanya mempelajari ilmu pengetahuan semata-mata malahan meliputi kesedaran kepada kerja-kerja kemasyarakatan. Sehubungan itu peranan golongan intelektual dalam masyarakat setempat antara lainnya boleh direncanakan melalui penerapan gaya hidup "Rakan Masyarakat" ke dalam diri golongan remaja, belia dan dewasa. Program ini akan menjadi landasan untuk menerapkan Gaya Hidup Rakan Masyarakat kepada semua golongan dan lapisan umur di kawasan program. Aktiviti-aktiviti seperti gotong- royong,  forum agama, motivasi dan lain-lain lagi akan dilaksanakan untuk membentuk kekuatan dalaman dan luaran golongan masyarakat di kawasan tersebut. 

Objektif program :- 

1.     Untuk membentuk sahsiah seorang insan dalam membantu menyelesaikan
        masalah masyarakat berdasarkan kesedaran intelektual dan fikiran yang
        waras.
 

2.     Untuk membina kekuatan fizikal dan mental dalam masyarakat bagi
        menghadapi sebarang masalah.
 

3.     Untuk berkongsi pengalaman bersama masyarakat dan berperanan sebagai
        agen perubahan.
 

4.     Untuk membuka minda masyarakat bagi melibatkan diri dengan aktiviti dan
        kegiatan berfaedah yang dapat memberikan pengajaran dan pengalaman
        baru kepada mereka.
 

Program akan dikendali berpandukan modul yang meliputi aspek berikut:- 

1.     Pengenalan kepada program – program YPKDT
2.     Program kemasyarakatan

3.     Program motivasi
4.     Ceramah / Forum Agama
5.     Pembentukan sahsiah serta pembangunan diri yang inovatif

Kumpulan sasar :- 

1.     Keluarga ( Ibu/bapa)
2.     Penduduk setempat
3.     Remaja dan belia
         


(10) MESRA SAKINAH
 

Pemantapan dan pengukuhan institusi keluarga merupakan elemen terpenting dalam membina kesejahteraan sesebuah keluarga oleh setiap individu. Namun begitu ia tidak boleh terbiar bersendirian tanpa adanya sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya kerajaan dalam usaha-usaha murni mereka menyemai perasaan kasih sayang tersebut ke atas semua ahli masyarakat. Peranan sebegini perlu didedahkan bukan sekadar mendekatkan rakyat kepada keluarga bahkan mengorientasikan kerajaan itu sendiri di mata masyarakat akan keperihatinan mereka dalam mengimpikan sebuah individu, keluarga, masyarakat dan negara yang cemerlang serta sakinah. 

Objektif program ini adalah :-

1.  Mewujudkan suatu hubungan yang mesra antara pemimpin dengan
     masyarakat setempat penuh dengan nilai-nilai yang positif ke arah
     memupukkan satu fikiran, tenaga sama ada fizikal atau material dengan
     penggembelengan yang padu dalam mencapai wawasan.
 

2.  Mewujudkan kerjasama antara ahli dalam masyarakat selain membantu
     mendekatkan antara individu sesama individu, keluarga dan masyarakat.
 

3.  Menjalinkan persefahaman dan permuafakatan dengan semua lapisan kaum
     dan agama.
 

4.  Merangsang masyarakat dalam aktiviti sosial dan kesukarelaan. 

Program ini akan dilaksanakan berpandukan Modul Keluarga SAKINAH dan KASIH mengikut kesesuaian dari segi minoriti atau majoriti penduduk setempat. Antara isi kandungannya ialah seperti berikut :- 

1.             Diskusi antara pemimpin tempatan dan masyarakat setempat
2.             Pengenalan kepada program-program YPKDT
3.             Majlis suaikenal bersama penduduk
4.             Aktiviti sosial bersama masyarakat setempat
5.             Siri motivasi keluarga
6.             Sukaneka
7.             Program lawatan mesra dari rumah ke rumah


Kumpulan sasar program ini adalah :- 

1.             Pemimpin setempat
2.             Keluarga
3.             Masyarakat setempat
4.            
Remaja dan belia

 
(11)  SAKINAH WARGA INDUSTRI 

Menyedari sebahagian tenaga kerja di Negeri Johor terbabit dalam sektor perindustrian maka Yayasan memperkenalkan Program SAKINAH Warga Industri dalam usaha mendekatkan golongan ini untuk memahami konsep Modul Keluarga SAKINAH. Dalam program ini akan diterapkan konsep “Kerja Sebagai Ibadah”. 

Objektif program :-  

1.     Menyampaikan kandungan Modul Keluarga SAKINAH kepada warga industri.

2.     Memberikan input dan ilmu pengetahuan untuk dijadikan amalan.  

3.     Menerapkan konsep “Kerja Sebagai Ibadah”.

Pengisian program :-  

1.     “Mulianya Profesion Perindustrian”
2.    
“Nilai Ehsan Dalam Kerja”
3.    
“Kerja Sebagai Ibadah”

Kumpulan sasar program adalah pekerja / pelatih industri.


(12) PROGRAM KEIBUBAPAAN KASIH (LPPKN) 
 

Pembangunan sosio-ekonomi yang pesat telah menimbulkan implikasi ke atas sistem, struktur dan hubungan kekeluargaan yang boleh melemahkan institusi keluarga dan juga akan memberi kesan ke atas proses perkembangan nilai, sikap dan perilaku anak-anak. Sehubungan itu, untuk memastikan masyarakat bukan Islam juga turut memperoleh objektif yang sama, YPKDT telah bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah mengambil langkah membangunkan satu program kekeluargaan KASIH yang lebih berfokus kepada masyarakat bukan Islam.  

Objektif program :-  

1.  Menyebarkan pendidikan mengenai pembangunan keluarga agar masyarakat
     dapat menambah maklumat berkaitan kemahiran keibubapaan, persediaan
     perkahwinan dan pemantapan keluarga serta pembangunan remaja.  

2.  Menggalakkan masyarakat mengamalkan sikap dan amalan positif dalam
     menguruskan hidup berkeluarga.

3.  Mempromosikan kesedaran masyarakat bagi meningkatkan kemahiran
     keibubapaan melalui proses pembelajaran dan peningkatan kemahiran. 


Pengisian berbentuk ceramah oleh Pegawai LPPKN :-
 

1.     Mengapa perlu berkahwin
2.     Konflik rumahtangga dan cara penyelesaiannya
 

Sasaran program ialah masyakarat bukan beragama Islam.

Copyright © 2017 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.