Decrease font size Default font size Increase font size

PERSEMBAHAN SKETSA SAKINAH

Print

Keluarga merupakan sebuah institusi yang penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat. Pengukuhan institusi keluarga adalah amat perlu dalam melahirkan masyarakat yang harmoni. Justeru itu,  kerajaan  negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) telah melaksanakan Program Penghayatan Modul Keluarga SAKINAH yang bertujuan untuk  mengukuh dan memantapkan institusi kekeluargaan di negeri ini. Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim telah  menggunakan pelbagai pendekatan dalam menyampaikan  Modul Keluarga SAKINAH termasuklah penubuhan Kumpulan Persembahan Modul Keluarga SAKINAH untuk diterjemahkan modul tersebut dalam konsep lakonan.  

Objektif Program :-

  1. Memudahkan masyarakat untuk memahami Modul Keluarga SAKINAH melalui tunjuk cara dan ulasan dalam persembahan.
  2. Mempelbagaikan teknik penyampaian yang berkesan bagi melicinkan proses pembentukan masyarakat yang cemerlang.
  3. Melahirkan  satu kumpulan yang  berwawasan, berilmu dan mempunyai daya tahan serta semangat kental untuk sama-sama membangunkan masyarakat dan membasmi gejala sosial  di kalangan masyarakat.

Bagi melaksanakan persembahan ini, 2 kaedah akan digunakan :-

1.     Penerangan / ulasan

2.     Lakonan 

  • Modul 2 (Majlis Akad Nikah)
  • Modul 3 (Amalan Ketika Hamil)
  • Modul 4 (Kaedah Menyambut Kelahiran)
  • Modul 5 (Asuhan dan Didikan Anak)
  • Modul 6 (Majlis Taklif)
  • Modul 7 (Riadah)
  • Modul 8 (Hari Ulangtahun Perkahwinan)
  • Modul 9 (Infaq Harta)
  • Modul 10 (Persediaan  Menghadapi Kematian) 


Sasaran program adalah semua lapisan masyarakat.

 

 

Copyright © 2017 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.