Decrease font size Default font size Increase font size

Program Pengamalan Dan Penghayatan Sakinah

Print

PERNIKAHAN SAKINAH

  • Memohon Keizinan Perempuan
  • Penyerahan Wakalah
  • Khutbah Nikah
  • Akad Nikah
  • Doa Selepas Akad Nikah
  • Taklik
  • Sujud Syukur
  • Penyerahan Mas kahwin
  •  Penerimaan Mas kahwin
  •  Penyerahan Tanggungjawab Wali
  •  Penerimaan Tanggungjawab Menantu
  • Pesanan Ibu Kepada Anak
  • Terima Kasih Anak
  • Solat sunat Selepas Nikah
  • Selawat dan Marhaban

 

Aktiviti 1

MEMOHON KEIZINAN
 

Arahan:

Jurunikah / Bapa meminta izin daripada Pengantin Perempuan sebagai simbolik menghormati hak beliau sebagai anak sepertimana lafaz berikut:

Lafaz Memohon Izin

“ Anakku  ………… bahawa ayahanda / Wali kamu hendak menikahkan kamu dengan    ………….. dengan maskahwinnya RM 22.50 tunai atau hutang. Adakah kamu mempersetujuinya/mengizinkannya/ redha atau suka?”

 

Aktiviti 2

PENYERAHAN WAKALAH *

Lafaz Wakalah Wali

“Saya berwakil kepada tuan menikahkan anak saya ………….dengan ………… dengan       maskahwinnya RM 22.50 tunai atau hutang.”

Lafaz Penerimaan Wakalah

“Saya  …………….. menerima sebagai wakil untuk menikahkan anak tuan …………. Dengan …………. Dengan maskahwinnya RM 22.50 tunai atau hutang.”

* Sekiranya bapa tidak dapat melaksanakan akad nikah bagi anak perempuannya, bapa boleh mewakilkan kepada Jurunikah untuk menikahkan anaknya.


 

 

Aktiviti 3

KHUTBAH NIKAH

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menghalalkan nikah serta menggalakkannya dan mengharamkan zina serta menjanjikan siksa bagi sesiapa yang melakukannya.

Allah s.w.t telah berfirman didalam surah Al-Israk ayat 32:

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu merupakan perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)

 

Dan firman-Nya lagi dalam surah Ali Imran ayat 102:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sekali-kali kamu mati  melainkan dalam keadaan Islam.

Dan firman-Nya lagi dalam surah An-Nisa ayat 1:

Maksudnya: Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kamu kepada tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam) dan menjadikan daripada pasangannya (Hawa) dan membiakkan dari keduanya (zuriat keturunan) lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dan menyebut-nyebut nama-Nya dan peliharalah hubungan silaturrahimkaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Sabda Rasulullah s.a.w;

Maksudnya: Nikah kahwintu satu sunnahku, maka barangsiapa bencikan kepada sunnahku bukanlah ia dari kalangan umatku.


Dan sabdanya lagi:

Maksudnya: Mana-mana pemuda yang telah berkahwin, maka menjeritlah syaitannya seraya berkata: “Aduhai celakalah diriku, orang muda ini telah terselamat dari tipu dayaku”.

 

 

Dan sabdanya lagi:

Maksudnya: Berkahwinlah kamu dan janganlah kamu bercerai-berai kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak gemar samada lelaki dan perempuan yang hanya berkahwin kerana hendak melepaskan nafsunya dan berseronok-seronok.

 

 

Dan sabdanya lagi:

Maksudnya: Berkahwinlah kamu akan perempuan-perempuan kerana sesungguhnya perempuan-perempuan itu boleh mendatangkan keberkatan harta.

* Khutbah dibaca oleh Jurunikah ataupun Pengantin Lelaki itu sendiri.

 

Aktiviti 4

AKAD NIKAH

Sekiranya bapa ingin menikahkan anaknya sendiri, perlulah dibawah pengawasan Jurunikah

Lafaz Ijab Jurunikah

“Aku nikahkan dikau aku kahwinkan dikau ……………. Yang berwakil wali  (bapanya dll) kepadaku dengan maskahwinnya Dua Puluh Dua Ringgit Setengah (tunai atau hutang)”

 

Lafaz Qabul

“Aku terima nikah ……………. Dengan maskahwinnya Dua Puluh Dua Ringgit Setengah (tunai atau hutang)”

 

Aktiviti 5

DOA SETELAH SELESAI AKAD NIKAH

“ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam. Rahmat Allah serta sejahteranya ke atas semulia Rasul utusan dan ke atas kaum keluarganya serta seluruh sahabat-sahabatnya. Barang diberkati Allah bagi kamu kedua pengantin dan diberkati kerja-kerja kamu jua, serta dihimpunkan di antara kamu didalam segala kebajikan. Ya Allah wahai tuhan kami ! tanamkanlah sifat berjinak-jinak dan mahabbah (kasih sayang) antara kedua pengantin ini dan tunjukilah mereka jalan taqwa dan jalan yang benar dan lanjutkanlah usia keduanya dalam kemewahan, kesejahteraan dan ketenangan jiwa dan himpunkan keduanya atas kesefahaman dan kasih sayang yang berkekalan dan jadikan kedua-duanya dari golongan orang yang diredhai dan terpelihara maruahnya.

Jadikan mereka dari orang-orang yang menyambut nikmat Mu dengan syukur dan menyambut percubaan bala’ dengan sabar belaka. Dan anugerahkan keduanya zuriat yang soleh daripada jenis lelaki dan perempuan hingga dapatlah keduanya memandang anak cucunya itu sekelian.

Ya Allah wahai tuhan kami ! Limpahi apalah kiranya akan nikmat Mu atas keduanya dan mewahkan rezeki keduanya dan peliharakan keduanya daripada segala tipudaya serta jauhkanlah keduanya daripada perangai yang jahat dan sempurnakan bagi keduanya segala cita-cita dan pengharapan serta elokkan kesudahan hal keduanya. Ya Allah wahai tuhan kami ! Dengan limpah ihsan Mu maka perkenankanlah akan permohonan kami ini.

Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Saidina Muhammad s.a.w dan kaum keluarganya serta sahabat-sahabatnya sekelian dan segala puji bagi Allah yang memiliki sekelian alam ini.”

* Doa akan dibacakan oleh Jurunikah

 

Aktiviti 6

TAKLIK

Jurunikah akan meminta pengantin lelaki untuk membacakan lafaz taklik berhadapan dengan pengantin perempuan agar dapat didengar dan difahami.

LAFAZ TAKLIK PENGANTIN LELAKI

 

Manakala saya tinggalkan isteri saya …………… selama empat (4) bulan (hijrah berturut-turut) atau lebih, dengan sengaja atau paksa, dan saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama masa tersebut, padahal ia taatkan saya, atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, atau kehormatannya, atau harta bendanya, kemudian ia atau wakilnya mengadu kepada mahkamah, dan manakala sabit aduannya disisi Mahkamah Syariah, dan ia atau wakilnya memberi kepada mahkamah bagi pihak saya RM1.00, maka pada ketika itu tertalaklah ia dengan satu talak khuluk, atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama setahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada mahkamah dengan berkata ia tidak tertunggu lagi akan saya, dan manakala sabit aduannya, maka tertalaklah satu talak. Demikianlah lafaz taklik saya.

 

Aktiviti 7

SUJUD SYUKUR

Kedua-dua pasangan melakukan sujud syukur mengikut keselesaan

 

Aktiviti 8

LAFAZ PENYERAHAN MASKAHWIN

Lafaz Penyerahan Maskahwin

“Adalah saya …………. Suami kepada ……………. Yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku dengan maskahwin sebanyak RM 22.50 tunai. Oleh itu, adinda hendaklah menunjukkan taat setia kepada diriku ini sebagai suami dengan mengikut segala perintah dan nasihatku selagimana ianya tidak bercanggah dengan hokum Islam dan Undang-Undang Negara.”

 

Aktiviti 9

LAFAZ PENERIMAAN MASKAHWIN

“Adalah saya ……………. Isteri kepada kekanda dengan penuh kesyukuran menerima maskahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci dan akan menumpukan sepenuh perhatian

 

Aktiviti 10

PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB WALI

Jurunikah meminta Bapa / Wali membacakan penyerahan tanggungjawab kepada Pengantin Lelaki

“Adalah saya ……… wali kepada ……. Dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab Agama Islam kepada kamu ……… sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah SWT ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungjawab kamu serta zuriat keturunan kamu.”

 

Aktiviti 11

PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB

“Dengan ini, saya …… suami yang sah kepada ……. , bersyukur kepada Allah SWT di atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad ini. Oleh itu mulai saat ini, saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada ……. Dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :-

 

  •  Memberi nafkah zahir dan batin;
  •  Penjagaan dan perlindungan yang sempurna;
  •  Keselamatan yang terjamin;
  •  Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang        diredhai oleh Allah

Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama daripada kedua ibubapa dan ibubapa mertua saya.”

 

Aktiviti 12

PESANAN IBU KEPADA ANAK PEREMPUAN

“Anak ku, hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu dan ayah ke suatu alam yang baru di bawah naungan suami mu. Ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ibu mengharapkan kepada mu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ibu selama ini. Jadikanlah dirimu itu sebagai seorang isteri yang solehah nescaya suami mu akan menjadi teman yang mesra kepada mu. Berikan khidmat mu dan ketaatan mu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataan mu dan budi pekerti mu serta tingkahlaku mu terhadapnya. Jagalah maruah diri mu dan jagalah maruah keluarga mu. Taatilah Allah di sepanjang hidupmu dan janganlah sekali-kali kamu melupakan akan kedua ibubapa mu. Semoga Allah memberikan ketabahan dan keafiatan serta ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ibu juga menghalalkan segala makan minum dan jasa bakti yang telah ibu berikan kepadamu. Maafkanlah ibu di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidik mu.”

 

Aktiviti 13

UCAPAN TERIMA KASIH ANAK KEPADA IBU

“Ibuku, Budi dan jasamu selama ini tidak dapat anakanda balas, Hari ini anakanda akan berpindah dari naungan ibu ke suatu alam baru yang belum anakanda mengetahui. Anakanda mohon doa restu ibu agar anakanda dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga dengan sabar. Anakanda ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala tunjuk ajar bimbingan dan nasihat serta kasih sayang yang tidak ternilai. Ampunkan segala dosa dan kesilapan anakanda selama berada bersama ibu. Terima kasih ibu.”

 

Aktiviti 14

SOLAT SUNAT SELEPAS NIKAH

Kedua-dua pengantin digalakkan Solat Sunat Selepas Nikah secara berjamaah.

 

Aktiviti 15

SALAWAT DAN MARHABAN

Semua hadirin bangun dan mengalunkan selawat dan marhaban

 

 PESANAN IBU KEPADA ANAK PEREMPUAN

 

 

 

“Anak ku………(nama anak)……………hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu dan ayah ke suatu alam yang baru di bawah naungan suami mu. Ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ibu mengharapkan kepada mu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ibu selama ini. Jadikanlah dirimu itu sebagai seorang isteri yang solehah nescaya suami mu akan menjadi teman yang mesra kepada mu. Berikan khidmat mu dan ketaatan mu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataan mu dan budi pekerti mu serta tingkahlaku mu terhadapnya. Jagalah maruah diri mu dan jagalah maruah keluarga mu. Taatilah Allah di sepanjang hidupmu dan janganlah sekali-kali kamu melupakan akan kedua ibubapa mu. Semoga Allah memberikan ketabahan dan keafiatan serta ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ibu juga menghalalkan segala makan minum dan jasa bakti yang telah ibu berikan kepadamu. Maafkanlah ibu di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidik mu.”

 

YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA’ZIM
UCAPAN TERIMA KASIH ANAK
  KEPADA IBU

 

 

“Ibuku, Budi dan jasamu selama ini tidak dapat anakanda balas, Hari ini anakanda akan berpindah dari naungan ibu ke suatu alam baru yang belum anakanda mengetahui. Anakanda mohon doa restu ibu agar anakanda dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga dengan sabar. Anakanda ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala tunjuk ajar bimbingan dan nasihat serta kasih sayang yang tidak ternilai. Ampunkan segala dosa dan kesilapan anakanda selama berada bersama ibu. Terima kasih ibu.”

 

YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA’ZIM

PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB WALI

 

“Adalah saya ………….…… wali kepada ………….…. Dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab Agama Islam kepada kamu ……… sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah SWT ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungjawab kamu serta zuriat keturunan kamu.”

 

 

YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA’ZIM

PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB

 

 “Dengan ini, saya .........…….. suami yang sah kepada …..........…., bersyukur kepada Allah SWT di atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad ini. Oleh itu mulai saat ini, saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada ……. Dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :-

  • Memberi nafkah zahir dan batin;                                             
  • Penjagaan dan perlindungan yang sempurna;
  • Keselamatan yang terjamin;
  • Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai oleh Allah

Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama daripada kedua ibubapa dan ibubapa mertua saya.”

 

KAEDAH MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI DAN PENGAMALAN HARI KETUJUH

1) MENGAQIQAHKAN ANAK

  • Hukum Aqiqah—Sunat Muakkadah. 
  • Anak perempuan Satu bahagian, anak lelaki Dua bahagian.
  • Binatang Aqiqah (Kambing, biri-biri, lembu, kerbau, unta). 
  • Masa Aqiqah—7 hari / 14 hari / 21 hari sehingga baligh. 
  • Selepas baligh ibubapa Sunat buat Qurban bukan lagi Aqiqah. 
  • Selepas baligh anak yang belum diaqiqahkan oleh ibubapanya Sunat mengaqiqahkan diri
    sendiri setelah ada kemampuan.
  • Tujuan Aqiqah—Melepaskan Anak dari ikatan tuntutan  Mungkar, Gangguan Syaitan dan
     Bahaya. 
  • Niat semasa sembelihan                  

بِسْمِ الله أَللَّهُمَّ لَكَ وَ إِلَيْكَ هَذِهِ الْعَقِيْقَةُ

 2) CUKUR RAMBUT BAYI 

  • Hukum Bercukur—Sunat Muakkadah. 
  •  Membotakkan kepala samada dilakukan semdiri atau diupah. 
  •  Tujuan bercukur dan hikmah bercukur : 
  • Sudut Kesihatan : Bercukur akan membuka liang penglihatan,pendengaran, dan pernafasan anak tersebut. 
  • Sudut Kemasyarakatan : Selepas mencukur rambut anak maka ibubapa disunatkan untuk mengumpulkan semua rambut itu,ditimbangkan nilainya lalu  menyedekahkan nilaian tersebut kepada faqir miskin. 

 

PERHATIAN

Hindarilah perbuatan khurafat yang bercanggah dan menyalah peraturan dan perundangan agama seperti :

  • Bercukur hanya bahagian yang tertentu sahaja daripada mana-mana bahagian kepala anak
    (perbuatan ini dilarang keras oleh Rasulullah S.A.W disebut dalam sebuah hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Menggunakan buah kelapa dan ramuannya seperti garam, bunga, beras kunyit, lempar duit syiling dan lain-lain kerana ini diambil dan ditiru dari amalan dan budaya agama hindu. Hadis Nabi S.A.W : Sesiapa yang meniru suatu kaum (pada perkara menyalahi syarak) maka jadilah dia termasuk golongan itu.

3)   TIMBANG RAMBUT DAN SEDEQAH 

  • Hukumnya Sunat Muakkadah.
  • Rambut anak dikumpul  dan ditimbang*.
  • Dinilai dengan emas atau perak*.
  • Wangnya kemudian disedeqahkan  kepada fakir miskin.
  • Kebaikan sedeqah diniatkan untuk anak dan  keluarga.

 
4)   MEMBERIKAN ANAK DENGAN NAMA YANG BAIK
 

  • Hukumnya Sunat Muakkadah.
  • Pilih nama yang indah  dengan makna yang baik.
  • Nama itu adalah merupakan doa setiap kali dipanggil dan di akhirat dia akan dipanggil dengan  nama yang sama.
  • Kemudian diisytihar nama anak di khalayak ramai *.
  • Doa setelah beri nama anak diketuai bapa bayi *.
  • Orang ramai turut mendoakan dan mengaminkannya.
  • Semoga beroleh keberkatan untuk anak tersebut.

 Lafaz Timbang rambut, sedeqah dan isytihar nama anak disediakan. 

 
5 ) MENGKHATAN BAYI 

 

  • Hukum Khatan Sunat  bagi lelaki, mulia bagi perempuan.
  • Masa Khatan—Afdhal pada hari yang ke-7 dari kelahiran dan dapatkan nasihat pegawai
    perubatan
    (Doktor atau Jururawat).
  • Hikmah mengkhatankan anak seawal kelahiran :-
  • Anak yang belum kenal erti takut untuk berkhatan.
  • Anak belum tahu erti sakit kerana berkhatan.
  • Tiadalah menjadi kesalahan mengkhatankan anak pada usia 9 - 12 tahun atau usia  sebelum baligh  sebagaimana amalan masyarakat kini cuma hanya kilaful Aula.
  • Afdhal diatur majlis Khatam Al-Quran sebelum mengkhatannya ini bererti ibu bapa perlulah
    mengusahakan didikan Al-Quran dari kecil supaya anaknya dapat mengkhatamkan Al-Quran
    sebelum usia baligh.
  • Tujuan dan Hikmah mengkhatankan anak ;-
  • Membersihkan diri dari kotoran najis.
  • Menjauhi daripada pelbagai jenis penyakit.

 

 

PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB (TAKLIF)

Program Pengamalan Penyerahan Taklif diilhamkan atas kesedaran bersama untuk memberikan kefahaman serta kesedaran kepada ibubapa terhadap penyerahan rasa tanggungjawab yang perlu diberikan kepada anak-anak yang telah mencapai umur baligh agar anak-anak dapat menunaikan rasa tanggungjawab mereka kepada Allah.

Keperluan program Penyerahan Taklif  adalah memandangkan agenda sosial kini yang kian menjadi tumpuan dasar dan program negara. YPKDT mengambil tanggungjawab ini untuk melaksanakan program perubahan dan pembangunan sikap yang berteraskan nilai-nilai murni bangsa.

YPKDT merangka program ini untuk pemantapan institusi keluarga serta membina generasi muda yang berkualiti menerusi penerapan nilai-nilai murni yang ada pada pengisian motivasi dan lafaz penyerahan agar anak-anak dapat melaksanakan tanggungjawab diri mereka kepada Allah.

 

Objektif program :-

 

  1. Menyedarkan remaja tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing dari sudut rohani dan jasmani dalam memantapkan institusi keluarga.

  2.  Menjelaskan kepada anak-anak remaja berhubung batas-batas tuntutan agama yang mesti dilaksanakan.

  3. Melahirkan anak-anak yang beriman, bertaqwa dan cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab mereka dalam kehidupan mereka selepas diberi kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan.

  4. Memberikan suntikan baru kepada anak-anak agar berani menghadapi cabaran dari sudut mental dan fizikal dari terjebak ke arah kehancuran dan kemusnahan serta berani memikul tanggungjawab di samping menjayakan tanggungjawab itu dengan penuh amanah.

 

Pengisian program :-

  1. Lafaz Penyerahan Tanggungjawab (Taklif) Ibubapa atau Wali kepada Anak

  2. Lafaz Penerimaan Tanggungjawab Anak kepada Wali atau ibubapa

Sasaran program ialah anak yang masuk keusia baligh.

 

 

MENCARI HUSNUL KHATIMAH

 

 

 

Usia emas merupakan satu tahap umur dimana seseorang itu sudah matang dari segi fizikal, mental dan pengalaman hidup. Pada peringkat usia sebegini warga emas perlu didedahkan dengan lebih banyak lagi aktiviti kerohanian agar penghujung hidup ini akan menemui kedamaian yang sebenar sebelum menemui Allah S.W.T.

 

Objektif program :-

 

  • Untuk memberi peluang kepada individu usia emas meningkatkan aktiviti kerohanian, kebajikan dan amal soleh.
  • Untuk merangsang semangat dan kemampuan yang sudah mulai pudar dalam diri individu berusia emas
  • Membimbing warga usia emas dengan memberi panduan kearah menuju kehidupan manusia di dunia dengan kesudahan yang baik (Husnul Khatimah)
  • Untuk mengingatkan warga emas supaya dapat meninggalkan jasa dan bakti kepada keluarga, bangsa, agama dan negara kelak

 

 

Sasaran program ialah golongan yang telah memasuki usia matang atau usia emas.

 

 

 

Pengisian program :-

 

  • (Ceramah) Modul 9 – Usia Emas
  • (Ceramah) Modul 10 – Husnul Khatimah
  • Soal dan Jawab

 

Copyright © 2017 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.