Decrease font size Default font size Increase font size

Ceramah MKS (Modul Keluarga SAKINAH)

Print

Buku Modul Keluarga Sakinah yang diterbitkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) dengan kerjasama Jabatan Agama Johor dan Jabatan Mufti Johor mempunyai 10 Modul merangkumi ilmu dan pembelajaran mengenai hal ehwal kekeluargaan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Buku Modul ini diterbitkan bagi membimbing serta rujukan kepada masyarakat berkaitan ilmu kekeluargaan seawal pemilihan pasangan untuk berkeluarga sehingga husnul khatimah.

Bagi menyebarluas Modul Keluarga Sakinah, beberapa pendekatan dikenal pasti sebagai langkah secara holistik. Salah satunya dengan menggunakan pendekatan ceramah. Seawal penubuhan YPKDT telah melantik Pegawai Penggerak Sakinah di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk memastikan perlaksanaan menyebarluaskan ilmu ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Ceramah Bersiri diperkenalkan bagi menyeragamkan maklumat penyampaian aktiviti ceramah Pegawai Penggerak. Sistem pemantauan secara berkomputer (SPLAB) telah dibangunkan bagi melihat ceramah yang disampaikan dilaksanakan secara teratur dan menyeluruh dari segi tempat, jumlah sasaran, modul dan sebagainya. Diharap modul ini dapat diterima dan dijadikan rujukan serta panduan dalam kehidupan seharian.

Copyright © 2017 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.