Decrease font size Default font size Increase font size

Kajian & Penyelidikan

Print

Unit ini bertanggungjawab mengkaji, mengawasi, menyelidik dan mengumpul maklumat serta data mengenai masalah kekeluargaan dan isu sosial dengan tujuan mengenalpasti tindakan dan program bagi mengatasi masalah tersebut. Antara aktiviti unit ini adalah merancang dan melaksanakan kerja-kerja kajian dan penyelidikan serta mengkaji keberkesanan program-program YPKDT.

TAJUK KAJIAN

1- Kajian Pemantapan Institusi Keluarga Johor. (UTM)

2- Kajian Masalah Sosial di FELDA Johor. (UM)

3- Kajian Kesejahteraaan Ekonomi Isi Rumah Pekerja Kilang & Isi Rumah Berpendapatan Rendah di Johor Bahru. (UPM)

4- Kajian Kesejahteraan Isu Rumah Petempatan Kos Rendah di Johor Bahru. (UPM)

5- Kajian Keutuhan Keluarga & Kesejahteraaan Anak. (UPM 2000)

6- Kajian Tingkahlaku Remaja di Johor. (UM)

7- Kajian "An Analysis of Values & Their Effects on Social Problems". (UIA 2000)

8- Kajian Penganiaan & Pengabaian Kanak-kanak di Johor : isu, masalah dan langkah pencegahan (UKM).

9- Kajian Permasalahan Wanita Johor. (UKM)

10- Kajian Permasalahan Masyarakat Melayu Johor. (UKM 2001)

11- Kajian Persepsi Masalah & Keperluan Wargatua di Johor. (UPM)

12- Kajian Sistem Sokongan Keluarga: Fenomena Keagamaan & Kesejahteraan Keluarga Di Daerah Johor Bahru. (USM)

13- Kajian Pendedahan Plumbum di Kalangan Kanak-kanak Pra Sekolah di Daerah Johor Bahru. (USM)

14- Kajian Sistem Sokongan Keluarga. Pertubuhan & Kesejahteraan Keluarga di Daerah Johor Bahru. (USM)

15- Kajian Strategi Untuk Menangani Masalah Sosial Pelajar-pelajar Sekolah Menengah di Johor Bahru. (USM)

16- Kajian _Peranan & Tanggungjawab Ibubapa / Keluarga & Masyarakat dalam Pencegahan & Pemulihan Dadah di Johor.

17- Kajian Modul Keluarga Sakinah : Metod, Amalan & Keberkesanannya. (UKM 2007)

18 – Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Modul Keluarga Sakinah (UTM 2011)

19- Analisis Keberkesanan Penggerak Program Modul Keluarga Sakinah Di Negeri 
     Johor (UTM 2011)


INFO KAJIAN 

 

1- KAJIAN PEMANTAPAN INSTITUSI KELUARGA JOHOR  (UTM, Mei  2000)

Oleh:

  • Prof. Madya Dr. Sabariyah Din
  • Prof. Madya Dr. Mohd Taib bin Dora
  • Ajmain bin Safar
  • Hamdan bin Abd Kadir
  • Hamidah binti Abdul Rahman
  • Putri Khairul Bariah binti Mohd Mansur


Kajian ini bertujuan mengenalpasti profil keluarga bermasalah di Johor, mengenalpasti faktor-faktor peyumbang masalah keluarga, mengenalpasti ciri-ciri kekuatan keluarga mithali Johor dan mencadangkan program-program bagi memantapkan institusi keluarga. Seramai 783 responden menjadi sampel dalam kajian ini terdiri daripada keluarga bermasalah mengikut daerah di negeri Johor.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kajian/Penyelidikan YPKDT


2- KAJIAN KESEJAHTERAAAN EKONOMI ISI RUMAH PEKERJA KILANG & ISI RUMAH BERPENDAPATAN RENDAH DI JOHOR BAHRU (
UPM, 2000)

 Oleh:

  • Laily Paim
  • Nurizan Yahaya
  • Naimah Salleh
  • Aziah Hashim


Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesejahteraan ekonomi isi rumah pekerja kilang dan isi rumah berpendapatan rendah di Johor Bahru dengan mengukur tahap penggunaan isi rumah dari segi pemilikan dan perbelanjaan pola penggunaan, mengenalpasti masalah berkaitan ekonomi, mengukur sejauhmana kegawatan ekonomi memberi kesan ke atas isi rumah serta kenalpasti langkah-langkah dan usaha yang diambil oleh isirumah bagi menangani masalah kegawatan ekonomi. Sampel terdiri daripada 505 orang responden yang merangkumi 253 pekerja kilang dan 252 pekerja di agensi kerajaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kajian/Penyelidikan YPKDT


3- KAJIAN KESEJAHTERAAN ISU RUMAH PETEMPATAN KOS RENDAH DI JOHOR BAHRU (Fakulti Ekologi Manusia UPM - April 2000)

Oleh:

  • Prof. Madya Dr. Nurizan YahayaDr. Ahmad Hariza Hashim
  • Prof. Madya Dr. Laily Paim
  • Bukharyman Sabri
  • Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna,


Kajian ini bertujuan mengenalpasti latarbelakang isi rumah dari segi pekerjaan, pendapatan, perumahan, kesihatan, pendidikan anak, kejiranan, kemudahan, persekitaran, tingkahlaku serta mencadangkan perancangan masa hadapan untuk membaiki kualiti kehidupan mereka. Sampel terdiri daripada 450 isirumah berpendapatan tendah yang tinggal di kawasan petempatan rumah kos rendah terpilih di daerah Johor Bahru.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kajian/Penyelidikan YPKDT


4- KAJIAN KEUTUHAN KELUARGA & KESEJAHTERAAAN ANAK (
Fakulti Ekologi Manusia, UPM - 2000)

Oleh:

  • Prof. Madya Dr. Rozumah Baharudin
  • Dr. Rumaya Juhari
  • Rojanah Kajar
  • Tan Jo-Pei


Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahan keutuhan keluarga (maruah, ketrampilan, kualiti perkahwinan dan kualiti keibubapaan) dan kesejahteraan anak di kalangan keluarga yang menetap di sekitar negeri Johor. Kajian ini juga menentukan perkaitan antara tahap keutuhan keluarga dan kesejahteraan anak secara keseluruhandi pelbagai peringkah persekolahan (prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah). Sampel kajian terdiri daripada 426 pasangan ibu-anak berbangsa Melayu yang menetap di kawansan Johor Bahru, Mersing, Muar dan Kluang

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kajian/Penyelidikan YPKDT

5- KAJIAN TINGKAHLAKU REMAJA DI JOHOR (Fakulti Sastera & Sains Sosial, UM - Feb 2000)

Oleh:

  • Prof. Madya Dr. Abdul Hadi Zakaria
  • Dr. Faizah Yunus
  • Pn. Siti Hajar Abu Bakar Ah
  • Jabatan Pentadbiran & Keadilan Sosial,


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti bentuk, pola dan taburan masalah sosial yang dihadapi dan berpunca dari kelakuan remaja di seluruh negeri Johor, serta mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhikecenderungan anti- sosial remaja dan mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal dan mencegah masalah tersebut. Sampel terdiri daripada 1642 responden yang berumur 13 hingga 21 tahun.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kajian/Penyelidikan YPKDT


6- KAJIAN "AN ANALYSIS OF VALUES & THEIR EFFECTS ON SOCIAL PROBLEMS" (
UIA, 2000)

Oleh:

  • Dr. Selamah Abdullah Yusof
  • Dr. Ruzita Mohd Amin
  • Dr. Mohd Aslam Mohd Haneef
  • Dr. Hazizan Mohd Noon


Kajian ini dijalankan berikutan meningkatnya kejadian gejala sosial di kalangan remaja di Malalysia  pada masa kini. Ia bertujuan untuk menghasilkan suatu asas pengukuran nilai berasaskan prinsip-prinsip Islam, dengan mengambil kira pegangan agama pelbagai kaum di Malaysia, mengenalpasti pengaruh faktor-faktor luaran dan dalaman dan mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencapai taraf pembangunan yang lebih bermakna. Sampel kajian terdiri daripada 2869 remaja dan 323 ibubapa yang dipilih secara rawak dari 10 buat sekolah di sekitar Batu Pahat, Muar, Segamat dan Johor Bahru.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kajian/Penyelidikan YPKDT.

7- KAJIAN PENGANIAAN & PENGABAIAN KANAK-KANAK DI JOHOR : ISU, MASALAH DAN LANGKAH PENCEGAHAN (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM - Mei 2000)

Oleh:

  • Rahimah Abdul Aziz
  • Pusat Pengajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,


Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauhmana gejala penganiaan dan pengabaian kanak-kanak di Johor, mengenalpasti isu dan masalah yang berkaitan, mengenalpasti tahap kesedaran dan pengetahuan penduduk Johor Bahru tentang gejala ini dan untuk mengenalpasti langkah-langkah pencegahan  dan pengurangan gejala ini. Seramai 526 ketua keluarga yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak bertujuan telah dijadikan sampel dalam kajian ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kajian/Penyelidikan YPKDT.


8-
Kajian Permasalahan Wanita Johor (Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UKM)

Oleh:

  •  Dr. Fatimah Abdullah


Kajian ini bertujuan untuk meneliti permasalahan yang dihadapi oleh wanita, samada dalam ruang domestik , atau publik atau kedua-duanya.
Aspek yang diteliti adalah perkahwinan, keluarga dan pekerjaan yang mereka ceburi. Sampel kajian ini terdiri daripada 1000 orang responden wanita Melayu di sekitar daerah Johor Bahru yang dipilih melalui kaedah persempelan non-probibility dengan purporsive sampling serta quorta sampling. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kajian/Penyelidikan YPKDT

9- KAJIAN PERMASALAHAN MASYARAKAT MELAYU JOHOR (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM - 2001)

Oleh:

  •  Prof. Madya Dr. Mohd Fuad Mat Jali
  • Prof. Madya Dr. Amran Kasimin
  • Dr. Mustaffa Omar


Kajian ini betujuan mengenalpasti pencapaian dan perubahan sosial, ekonomi dan geopolotik di kalangan masyarakat Melayu Johor serta masalah dan cabaran yang dihasilkan daripada perubahan tersebut. Dalam konteks ini, penelitian dilakukan ke atas pencapaian mereka daripada aspek pendidikan, pekerjaan, pendapatan, system nilai, pemilikan harta, dan impak geopolitik kaum. Semoga hasil kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan merangka langkah-langkah proaktif lagi efektif bagi menangani masalah dan cabaran yang wujud di kalangan masyarakat Melayu Johor khususnya di daerah Johor Bahru dan Muar.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kajian/Penyelidikan YPKDT.

10- KAJIAN PERSEPSI MASALAH & KEPERLUAN WARGATUA DI JOHOR (UPM)

Oleh :

  • Dr. Tengku Aizan Hamid
  • Dr. Asnarulkhadi Abu Samah
  • Dr. Mazlawati Marzuki


Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi masalah dan keperluan warga tua, persediaan hari tua dan pengetahuan warga tua mengenai kemudahan yang tersedia untuk mereka. Sampel kajian ini melibatkan 632 warga tua berumur 60 tahun dan ke atas.  

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kajian/Penyelidikan YPKDT.


11- KAJIAN SISTEM SOKONGAN KELUARGA: FENOMENA KEAGAMAAN & KESEJAHTERAAN KELUARGA DI DAERAH JOHOR BAHRU (
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM - Mei 2001)

Oleh:

  • Prof. Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah al-Edrus
  • Dr. Hanapi Mohd NorProf. Madya
  • Dr. Fadhullah Jamil


Kajian ini bertujuan untuk memahami dinamika dalaman dan luaran yang membawa kepada kestabilan dan perubahan dalam kehudipan keluarga dan masyarakat di daerah Johor Bahru. Sampel terdiri daripada 120 orang dewasa yang tinggal di daerah Johor Bahru merangkumi zon bandar, barat , timur dan tengah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kajian/Penyelidikan YPKDT.

12- KAJIAN PENDEDAHAN PLUMBUM DI KALANGAN KANAK-KANAK PRA SEKOLAH DI DAERAH JOHOR BAHRU (Kumpulan Penyelididk, Pusat Racun Negara, USM - April 2001)


Tujuan kajian ini adalah bagi menentukan tahap pendedahan plumbum dalam kanak-kanak pra sekolah di daerah Johor Bahru, mengenalpasti kawasan dan tadika yang berisiko tinggi dan mengenalpasti populasi kanak-kanak yang berisiko tinggi. Sampel terdiri daripada 215 kanak-kanak daripada 28 tabika awam dan 20 tadika swasta dari 9 Dun di daerah Johor Bahru.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kajian/Penyelidikan YPKDT.

13- KAJIAN SISTEM SOKONGAN KELUARGA. PERTUBUHAN & KESEJAHTERAAN KELUARGA DI DAERAH JOHOR BAHRU ( Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM - Dis 2000)

Oleh:

  • Prof. Madya Dr. Halim Salleh
  • Siti Hawa Ali


Kajian ini bertujuan mengenalpasti setakat mana kegiatan dan perkhidmatan badan-badan sukarela, persatuan dan pertubuhan amal dan politik serta institusi kerajaan yang memberi khidmat sosial di daerah Johor Bahru dalam menjana kesejahteraan hidup keluarga dan komuniti di sekeliling mereka. Dengan perkataan lain, setakat mana mereka menyumbang kepada usaha-usaha menyelesaikan masalah sosial.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kajian/Penyelidikan YPKDT.

14- KAJIAN PERANAN & TANGGUNGJAWAB IBUBAPA / KELUARGA & MASYARAKAT DALAM PENCEGAHAN & PEMULIHAN DADAH DI JOHOR (UTM, Jun 2000)

Oleh:

  • Prof. Dato’ Hj. Mohamed Mansor bin Abdullah
  • Ahmad Shukri bin Mohd Nain
  • Paimah binti Atoma
  • Nik Hasnaa binti Nik Mahmood
  • Roseyta binti Omar


Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi penagih, ibubapa/ keluarga penagih dan masyarakat umum terhadap masalah penagihan dadah di johor dan faktor-faktor yang mendorong penagih melibatkan diri dalam gejala ini serta mengenalpasti sejauhmana peranan dan tanggungjawab ibubapa/ keluarga dan masyarakat umum dalam menangani masalah penagihan dadah ini. Sampel terdiri daripada 413 orang penagih lelaki dan 110 orang penagih wanita dari Pusat Serenti Muar, Tampoi dan Kemumin, serta 500 ibubapa / keluarga mereka, 85 pegawai dari ketiga-tiga pusat serenti tersebut, serta 800 masyarakat awam Johor.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kajian/Penyelidikan YPKDT.

15- KAJIAN MODUL KELUARGA SAKINAH : METOD, AMALAN & KEBERKESANANNYA (UKM, 2007)

Oleh:

  •  Dr. Fuad Mat Jali


Kajian ini bertujuan untuk menilai perlaksanaan Modul Keluarga Sakinah (MKS) dari aspek metod penyampaian, amalan dan keberkesanannya terhadap pembangunan institusi keluarga yang harmoni berlandaskan tuntutan ajaran Islam sebenar. Sampel terdiri daripada 1040 keluarga yang dipilih secara rawak daripada 20 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Johor.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kajian/Penyelidikan YPKDT.

16- KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN MODUL KELUARGA SAKINAH (UTM, 2011)

Oleh :

  •  Prof. Madya Dr. Rosman bin Md. Yusoff (Ketua)
  • Hj. Kassim bin Thukiman
  • Dr. Roziana binti Shaari
  • Dr. Siti Aisyah binti Abd. Rahman
  • Dr. Arief Salleh bin Rosman
  • Cik Fadilah binti Ismail


Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan mengenai Modul Keluarga Sakinah (MKS), mengenalpasti tahap keberkesanan perlaksanaan dan penyampaian MKS serta mendapatkan maklum balas untuk mempertingkatkan keberkesanan program MKS. Sampel terdiri daripada 1675 orang yang pernah mengikuti program Modul Keluarga Sakinah yang berumur 15 tahun ke atas yang dipilih secara rawak dari 6 buah daerah di Negeri Johor iaitu Pontian, Kluang, Kota Tinggi, Kulaijaya, Ledang dan Segamat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kajian/Penyelidikan YPKDT.

17- ANALISIS KEBERKESANAN PENGGERAK PROGRAM MODUL KELUARGA SAKINAH DI NEGERI JOHOR (UTM, 2011)

Oleh :

  • Prof. Madya Dr. Rosman bin Md. Yusoff (Ketua)
  • Hj. Kassim bin Thukiman
  • Cik Fadilah binti Ismail


Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan kemahiran penggerak, mengenalpasti tahap pelaksanaan modul pengajaran, mendapatkan maklum balas untuk mempertingkatkan keberkesanan program Modul Keluarga Sakinah (MKS) serta menilai penerimaan responden terhadap program. Sampel terdiri daripada 473 orang responden yang dipilih secara rawak dari dua buah daerah iaitu Johor Bahru dan Pontian.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kajian/Penyelidikan YPKDT.

Copyright © 2017 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.