Decrease font size Default font size Increase font size

TASKA (TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK) YPKDT

Print

Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim telah menubuhkan sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) iaitu TASKA YPKDT Wisma Persekutuan.

Tujuan utama adalah untuk membantu ibu bapa dikalangan kakitangan yang bertugas di sekitar TASKA ini untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan anak mereka yang berhampiran dengan tempat kerja. Selain itu, ia juga dapat memberi peluang kepada ibu bapa untuk memantau perkembangan anak-anak serta menggalakkan kaum ibu untuk menyusukan anak masing-masing.

Waktu operasi taska

Taska Wisma Persekutuan beroperasi sebagaimana berikut :-

Ahad - Khamis

7.30 pagi - 6.00 petang

Jumaat - Sabtu

Cuti

* Bayaran lebihan masa penjagaan : RM 5.00 per jam.

Kadar yuran

A. Penjagaan Tetap Kali Pertama

  •      Pendaftaran RM100.00
  •      Yuran tahunan RM50.00
  •   Yuran booking RM50.00
  •      Kadar yuran bulanan sepertimana berikut :-

Umur

 

Masa

Bayi - 2 Tahun

2 - 4 Tahun

Transit

1 hari

7.30 pg - 5.00 ptg

RM 250.00

RM 220.00

RM 100.00

 

 

 

* yuran baru ini berkuatkuasa bermula tahun 2014

 

B. Yuran tambahan cuti sekolah

Umur

Masa

Tadika

Transit

1 hari

RM 3.75

RM 5.60



Khidmat pengasuhan dan penjagaan

Konsep asuhan dan aktiviti di TASKA YPKDT memberi penekanan terhadap konsep bermain sambil diasuh. Oleh demikian, aktiviti yang dijalankan meliputi kegiatan di dalam dan luar bangunan untuk menggerakkan anggota secara bermain dengan menggunakan kelengkapan yang sesuai.

 

Selain itu, mengadakan kegiatan yang memperkenalkan alam sekeliling melalui nyanyian, cerita, gambar serta menyediakan alat permainan yang sesuai mengikut peringkat umur untuk mengembangkan daya kreativiti kanak-kanak.

Hubungi kami
Sebarang pertanyaan atau maklumat, sila hubungi :

 

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim,
Tingkat 1 & 2, Bangunan Dato’ Mohammad Ibrahim Munsyi,
Kota Iskandar, 79603 Nusajaya, Johor.

Tel : 07-2666526    
Faks : 07-2661222

 

Atau :

 

TASKA YPKDT WISMA PERSEKUTUAN
Jalan Syed Mohd Mufti, 80000 Johor Bahru.
Tel : 07-217 4362

 

Copyright © 2017 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.