Decrease font size Default font size Increase font size

Pusat Rawatan Dialisis Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT)

Print

YAYASAN BUAH PINGGANG KEBANGSAAN (NKF), PERMAS JAYA

Setiap tahun jumlah pesakit buah pinggang di Negeri Johor kian meningkat dari masa ke semasa. Walaupun banyak pusat dialisis yang beroperasi di Negeri Johor, namun ia masih belum dapat menampung jumlah pesakit yang ramai.

Menyedari hakikat ini, Kerajaan Johor yang amat prihatin kepada setiap permasalahan masyarakatnya telah mengambil inisiatif melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim dengan kerjasama Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (National Kidney Foundation) dengan menubuhkan Pusat Dialisis YPKDT-NKF Permas Jaya.

Pusat dialisis yang terletak lebih kurang 20 km dari pusat bandaraya ini telah mula beroperasi sejak bulan Februari 2001. Pihak YPKDT juga amat mengutamakan pesakit yang mempunyai pendapatan yang rendah iaitu pendapatan bersih adalah kurang daripada RM1300 sebulan.


Perkhidmatan yang disediakan
:-

  • Pusat rawatan ini beroperasi enam hari seminggu iaitu dari hari Isnin hingga Sabtu. Cuti bagi perkhidmatan di pusat dialisis adalah bergantung kepada cuti umum yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim.
  • Setiap pesakit memerlukan tiga kali rawatan dalam seminggu.


Waktu rawatan
:-

1. Terdapat tiga syif rawatan yang dijalankan :

Syif

Masa

Syif 1

7.00 am - 11.00 am

Syif 2

11.00 am - 3.00 pm

Syif 3

3.00 pm – 7.00 pm


Kos rawatan :-

Setiap pesakit dikenakan bayaran sepertimana jadual di bawah :-

BIL.

KATEGORI

KADAR BAYARAN (RM)

 

NKF Subsidi

RM 50.00 per rawatan

2.      

Kakitangan Kerajaan / Kakitangan yang mendapat pencen daripada Kerajaan

RM 150.00 per rawatan

3.      

Pesakit yang mendapat kemudahan dialysis daripada PERKESO

RM 130 per rawatan

4.      

Pesakit Luar (Cth : Badan Kebajikan)
Swasta (Cth : Johor Specialist Hospital)

RM 60.00 per rawatan
RM 200.00 per rawatan

5.      

Vaksin Hepatitis B
* Berubah dari masa ke semasa

RM 22/40 mcg

6.      

Kemudahan-Kemudahan Lain :

Suntikan Epoetin (NKF Subsidi)
Sunti
kan Epoetin (Bukan NKF Subsidi)
Ujian Darah
Perkhidmatan Doktor (4 kali/tahun)
Ubat-ubatan (Ubat tertentu sahaja)



Tertakluk kepada perubahan
Tertakluk kepada perubahan
Percuma
Percuma
Percuma


Lokasi pusat rawatan :-

Pusat rawatan dialisis ini terletak sepertimana alamat dibawah:


Pusat Dialisis YPKDT-NKF Permas Jaya,

No.4-6, Jalan Permas 3/17,

Bandar Baru Permas Jaya,

81750 Permas Jaya,

Johor Bahru .

Telefon : 07-3866164

Faks     : 07-3866158

Terma dan  syarat  untuk memohon :-

  • Pemohon berumur 12 tahun ke atas.
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon perlu hadir ke NKF bagi membuat pendaftaran.
  • Pemohon bersedia menerima kehadiran Pegawai Kebajikan daripada Yayasan Buah Pinggang Malaysia ke rumah bagi tujuan siasatan
  • Pemohon bersedia membayar RM100.00 per rawatan sementara menunggu keputusan subsidi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sekiranya layak.
  • Bersetuju dengan syarat-syarat serta peraturan daripada Yayasan Buah Pinggang Malaysia (NKF).


Dokumen sokongan :-

  1. Laporan lengkap Perubatan dan Keputusan Ujian Makmal untuk Hepatitis B, Hepatitis C dan HIV (tidak melebihi dari 2 bulan)
  2. Salinan Kad Pengenalan pesakit
  3. 3 gambar bersaiz paspor
  4. Taksiran Cukai Pendapatan terkini / Borang J / Borang EA  pesakit atau mana-mana ahli keluarga yang bekerja
  5. Penyata EPF terkini pesakit atau mana-mana ahli keluarga pesakit
  6. Penyata Gaji terkini pesakit dan ahli keluarga yang bekerja atau Surat Akuan Majikan. Jika bekerja sendiri, sertakan surat pengesahan pendapatan dan jenis pekerjaan.
  7. Simpanan terkini / Deposit Tetap / Akaun Semasa / Penyata Buku Simpanan pesakit atau mana-mana ahli keluarga
  8. Simpanan terkini / Deposit Tetap / Akaun Semasa / Penyata Buku Simpanan pesakit atau mana-mana ahli keluarga
  9. Penyata bil Air, Elektrik dan Telefon rumah di mana pesakit dan ahli keluarga tinggal bersama
  10. Resit Ansuran Kereta dan rumah pesakit dan ahli keluarga yang tinggal bersama. (Sertakan surat kelulusan pinjaman yang mengesahkan tarikh mula bayaran dan tarikh penyelesaian bayaran pinjaman)
  11. Lain-lain ; Premium Insuran pesakit dan keluarga yang tinggal bersama


Hubungi kami :-

Para pesakit boleh mendapatkan maklumat daripada :

YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM,

Tingkat 1 & 2, Bangunan Dato’ Mohammad Ibrahim Munsyi

Kota Iskandar, 79603 Nusajaya

Johor Bahru, Johor


Tel    : 07-2666526

Faks : 07-2661222


ATAU

PUSAT DIALISIS YPKDT-NKF PERMAS JAYA,

No.4-6, Jalan Permas 3/17,

Bandar Baru Permas Jaya,

81750 Permas Jaya,

Johor Bahru .


Telefon : 07-3866164

Faks     : 07-3866158

Copyright © 2017 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.