Decrease font size Default font size Increase font size

PEGAWAI PENYELARAS & PENGGERAK

Print

 

1.     BENGKEL KAEDAH PENYAMPAIAN CERAMAH MODUL KELUARGA SAKINAH

Kemampuan dan keberkesanan dalam menyampaikan ceramah MKS (Modul Keluarga Sakinah) dengan baik amat diperlukan bagi memastikan objektif dan matlamat penyampaian Modul Keluarga Sakinah dapat difahami dan diamalkan oleh seluruh masyarakat di Negeri Johor Darul Ta’zim ini terutamanya di kalangan keluarga Islam.

Objektif bengkel ini adalah :-

  • Memastikan para pengerak mampu menyampaikan isi kandungan Modul Keluarga Sakinah secara menyeluruh dan berkesan
  • Memantapkan setiap penyampaian yang disampaikan oleh para penggerak sebagai pemudahcara dan tempat rujukan.
  • Member panduan beserta kaedah tambahan penyampaian MKS dari segi dalil Al-Quran, Al-Sunnah, kalam Hukama’ dan lain-lain lagi.

 

2.     PEMANTAPAN CERAMAH BERSIRI (1, 2 DAN 3 BERSEPADU)

Kemampuan menyampaikan ceramah SAKINAH dengan baik amat diperlukan bagi memastikan objektif dan matlamat unggul modul SAKINAH dapat difahami dan diamati oleh seluruh masyarakat di Negeri Johor terutamanya di kalangan keluarga Melayu Islam.

Objektif program ini adalah :-

  • Untuk memastikan para penggerak mampu menyampaikan isi kandungan Modul Keluarga Sakinah secara menyeluruh.
  • Untuk memperkasakan setiap penyampaian yang disampaikan oleh para penggerak sebagai pemudahcara.


3.     PELAKSANAAN PERKAMPUNGAN SAKINAH SIRI 1 HINGGA 9

Objektif program ini adalah :-

  • Untuk memastikan para penggerak mampu menyampaikan isi kandungan Modul Keluarga Sakinah secara menyeluruh.
  • Untuk memperkasakan setiap penyampaian yang disampaikan oleh para penggerak sebagai pemudahcara.
  • Untuk menyediakan diri dengan sempurna dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

 

4.   KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN KELUARGA

Program ini adalah program kolaborasi di antara YPKDT dengan ILIM untuk memantapkan jaringan dan usahasama di antara kedua-dua belah pihak.

Objektif kursus ini adalah :-

  • Member pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan sesuatu masalah dalam institusi kekeluargaan.
  • Meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan perkara yang berkaitan dengan masalah kekeluargaan.
  • Melahirkan pegawai dan individu yang boleh dijadikan model dan rujukan oleh masyarakat ke arah pembinaan keluarga sakinah.

 

Copyright © 2017 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.