Decrease font size Default font size Increase font size

ANUGERAH KELUARGA BAHAGIA PERINGKAT NEGERI JOHOR

Print

Anugerah Keluarga Bahagia pada awalnya merupakan program kerjasama YPKDT dan LPPKN sebagai program kemuncak untuk Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri Johor. Namun kini kerajaan Negeri Johor telah menjadikan Anugerah Keluarga Bahagia sebagai anugerah Dwi Tahunan.

 
Di antara objektif Anugerah Keluarga Bahagia adalah :

  • Bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan anugerah kepada keluarga-keluarga yang telah berusaha dengan gigih untuk memastikan kehidupan yang dibina benar-benar bahagia dan semua ahli keluarga dapat menikmati hidup dengan sempurna.

  • Sebagai “role model” kepada keluarga-keluarga lain di Negeri Johor.

  • Mempromosikan nilai-nilai kekeluargaan yang positif seperti kasih sayang, saling hormat menghormati, perhubungan intim antara generasi dan “bonding” diwujudkan antara suami isteri, ibu bapa dan anak-anak, ahli-ahli keluarga dan saudara-mara, jiran serta masyarakat.

ANTARA KATEGORI-KATEGORI ANUGERAH KELUARGA BAHAGIA IALAH :

Peringkat Negeri :

  •  Anugerah Keluarga Bahagia (Melayu)
  • Anugerah Keluarga Bahagia (Cina)
  • Anugerah  Keluarga Bahagia (India)
  • Anugerah  Keluarga Bahagia (Orang Asli)

Peringkat Daerah :

Sebanyak 4 buah keluarga (Melayu, Cina, India dan Orang Asli akan mewakili setiap daerah)

  • Anugerah  Keluarga Bahagia (Melayu)           – 10 daerah
  • Anugerah  Keluarga Bahagia (Cina)               – 10 daerah
  • Anugerah  Keluarga Bahagia (India)                  – 10 daerah
  • Anugerah  Keluarga Bahagia (Orang Asli)           – 10 daerah

Jumlah keseluruhan seramai 40 buah keluarga di peringkat daerah.


KRITERIA PEMILIHAN

Pemilihan bagi Anugerah Keluarga Bahagia adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut :

  1. Suami isteri yang dapat mengekalkan ikatan perkahwinannya serta melahirkan zuriat yang ramai, berkualiti dan bertaqwa.

  2. Keluarga yang dapat mewujudkan hubungan antara suami isteri, ibu bapa, anak-anak dan saudara-mara yang intim, kasih sayang, mesra, berdisiplin, bertanggungjawab, bertolak ansur, jujur dan mempunyai peranan yang jelas.

  3. Keluarga yang mengamalkan sikap kejiranan yang mulia dan memberi sumbangan positif melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan/kesukarelaan.

  4. Keluarga yang dapat menyediakan kemudahan asas (makanan, pakaian dan tempat tinggal) yang sempurna dan mencukupi.

  5. Keluarga yang dapat menguruskan rumahtangga dari segi kewangan, pendidikan, kesihatan dan kebersihan sehingga dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang dan sihat.

 

Copyright © 2017 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.