Decrease font size Default font size Increase font size

SAMBUTAN HARI WANITA

Print

Sambutan Hari Wanita mula diperkenalkan pada Tahun1992 oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Manakala pada tahun 2001 sehingga kini, Sambutan Hari Wanita mula dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan disambut pada 25 Ogos setiap tahun, dengan pengisian pelbagai aktiviti dan program berdasarkan tema tahunan yang telah ditetapkan.

Sejarah Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Johor bermula pada tahun 1996 yang telah diadakan di Kompleks Islam, Johor Bahru.

Objektif :-

  • Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan penting yang dimainkan oelh wanita dalam pembentukan keluarga, perpaduan dan pembangunan masyarakat dan Negara.
  • Memberi pengiktirafan kepada kaum wanita di semua peringkat atas sumbangan mereka kepada pembangunan Negara.
  • Memberi rangsangan kepada kaum wanita supaya terus bergiat lebih aktif ke arah pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara.

 

 

Copyright © 2017 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.