Decrease font size Default font size Increase font size

BANTUAN PERALATAN

Print

PROJEK MENJANA PENDAPATAN GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH/ IBU TUNGGAL ( BANTUAN PERALATAN PERNIAGAAN )

Projek Menjana Pendapatan Golongan Berpendapatan Rendah merupakan projek printis ekonomi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan terutamanya golongan ibu tunggal dalam menjana pendapatan keluarga.

Projek yang dimulakan pada tahun 2003 melalui perkongsian bijak di antara Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim dan Badan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat (JUITA) merupakan satu usaha membolehkan ibu tunggal berpendapatan rendah mengikuti kursus kemahiran untuk menyediakan sumber pendapatan bekerja dari rumah tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Pemberian bantuan perniagaan (peralatan) pula, diberikan kepada golongan ini yang telah mengikuti kursus kemahiran dan mempunyai produk pengeluaran sendiri serta  telah memulakan sekurang-kurangnya asas perniagaan. Bagi semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemberian Bantuan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim bagi memilih pemohonan yang benar-benar layak menerima bantuan.

Golongan Sasar

Golongan berpendapatan rendah khususnya ibu-ibu tunggal yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM700.00.

Prosedur Permohonan

  • Mendaftar dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim
  • Membuat permohonan secara bertulis kepada YPKDT bagi pemohon yang telah mempunyai kemahiran dan produk pengeluaran sendiri
  • Lawatan ke premis pemohon oleh YPKDT
  • Keputusan penilaian diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemberian Bantuan Peralatan YPKDT
  • Penyerahan bantuan disalurkan kepada pemohonan yang diluluskan

Terma dan syarat untuk memohon :-

  • Warganegara Malaysia
  • Keutamaan kepada penduduk negeri Johor atau bagi mereka yang telah bermastautin di negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun
  • Umur – tidak melebihi 60 tahun / masih sihat
  •  Bilangan anak / tanggungan melebihi 2 orang
  • Telah berdaftar dengan Yayasan Pembagunan Keluarga Darul Ta’zim
  • Tiada bantuan dari Jabatan / Agensi / Arahan Mahkamah
  • Mempunyai kemahiran dan produk keluaran sendiri serta asas perniagaan
  • Bersetuju dengan syarat-syarat serta peraturan daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim

Dokumen sokongan :-

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Surat Pengesahan Ibu Tunggal / Sijil Kematian
  • Salinan Surat Beranak / Kad Pengenalan Anak
  • Slip Gaji Terkini (jika masih bekerja)
  • pengesahan Permohonan daripada Penghulu, Pegawai Daerah, Ketua Jabatan atau mana-mana Pegawai Kerajaan dan Profesional
Copyright © 2017 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.