Decrease font size Default font size Increase font size

Kempen Stop It Survive (S.I.S)

Print

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim sedang melaksanakan Kempen Stop It, Survive (S.I.S) 2019, Stop Violence Againts Women di seluruh Negeri Johor yang bertemakan ‘Kerana Wanita Harus Disayangi’. Kempen ini dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan sokongan di pelbagai pihak dan member kesedaran kepada semua lapisan masyarakat mengenai jenayah keganasan terhadap wanita.

Tujuan kempen ini dilaksanakan:

  • Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bentuk-bentuk jenayah keganasan terhadap wanita, factor yang mempengaruhinya dan kesan jenayah ini terhadap kesejahteraan mental, fizikal, emosi dan psikologi mangsa.

 

  • Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang langkah-langkah yang berkesan bagi menangani jenayah keganasan terhadap wanita.
  • Memberi pendedahan kepada golongan wanita dan masyarakat tentang akta-akta perundangan yang dapat melindungi wanita daripada jenayah keganasan terhadap wanita.

 

  • Menjalin hubungan dan kerjasama strategic (blue ocean strategy) dengan pelbagai agensi kerajaan, NGO dan sebagainya dalam usaha menghentikan jenayah keganasan terhadap wanita.

Marilah bersama-sama menyokong Kempen Stop It, Survive (S.I.S) dengan tema "Stop Violence Againts Women", "Bangkitlah Wanita!", "Sayangi Wanita Seperti Ibumu".

Copyright © 2019 YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA'ZIM. All Rights Reserved.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.