PIAGAM PELANGGAN
Pihak YPKDT berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut :
UNIT KEWANGAN
- Memastikan semua tuntutan yang lengkap dibayar dalam tempoh 14 hari bekerja.
UNIT KEKELUARGAAN
- Memastikan ceramah Modul Keluarga Sakinah dilaksanakan minima 20 kali setiap bulan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri Johor (DUN).
- Memastikan program Pengamalan Sakinah dilaksanakan minima sekali setahun di semua kawasan Dewan Undangan Negeri Johor (DUN).
- Menjalankan aktiviti MKS di setiap Perkampungan Sakinah pada setiap bulan di setiap daerah.
UNIT WANITA & NGO
- Memastikan permohonan pendaftaran ibu tunggal di setiap daerah diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari.
- Memastikan kursus Kemahiran kepada ibu-ibu tunggal dan wanita yang berpendapatan rendah dilaksanakan di seluruh daerah sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.
- Memastikan maklumat pendaftaran ibu tunggal dikemaskini oleh semua daerah empat (4) kali setahun.
- Memastikan laporan perjalanan aktiviti dan kewangan NGO yang menerima geran diterima sebelum 31 MAC setiap tahun.
- Memastikan pelbagai program wanita dilaksanakan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.
UNIT KAJIAN DAN PENYELIDIKAN
- Menyelesaikan analisa borang penilaian program yayasan dalam tempoh satu (1) minggu.
- Memastikan penemuan hasil kajian dibentangkan kepada pihak pengurusan dalam tempoh dua (2) minggu selepas kajian disiapkan.
UNIT PEMBANGUNAN MODUL DAN LATIHAN
- Mengkaji keberkesanan dan menambahbaik Modul Keluarga Sakinah serta panduan dan kaedah pengamalan Modul Keluarga Sakinah pada setiap tahun.
- Memastikan latihan diadakan kepada Pegawai Penyelaras dan Pegawai Penggerak sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.
UNIT MOTIVASI DAN KAUNSELING
- Melaksanakan 10 program motivasi di peringkat jabatan, Institusi dan sekolah pada setiap tahun.
- Memastikan tindakan serta merta diambil terhadap semua permohonan perkhidmatan kaunseling atau rundingcara dalam waktu bekerja.
- Memastikan khidmat kaunseling atau rundingcara diberi dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh aduan diterima.
UNIT PROJEK SOSIAL
- Memastikan proses permohonan bantuan peralatan golongan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah diselesaikan dalam tempoh satu (1) bulan.
- Memastikan bantuan peralatan golongan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah yang telah diluluskan disampaikan dalam tempoh satu (1) bulan.
- Memastikan khidmat penjagaan kanak-kanak / bayi kepada kakitangan awam bermula pada jam 7.15 pagi hingga 6.00 petang hari bekerja di TASKA YPKDT.
UNIT PROMOSI DAN PUBLISITI
- Memberi informasi dan menyediakan perkhidmatan pameran YPKDT yang diperlukan pihak berkenaan.
- Menerbitkan Buletin YPKDT sekurang-kurangnya sekali setahun.
- Memastikan aduan dijawab dalam masa tiga (3) hari waktu bekerja.
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
- Menguruskan pembangunan sistem aplikasi dalaman jabatan diselesaikan dalam tempoh enam (6) hingga 12 bulan.
- Menguruskan kemudahan ICT jabatan seperti berikut :
- Menyediakan keperluan prasarana ICT dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh kelulusan Ketua Eksekutif.
- Memberi maklumbalas aduan kerosakan dalam tempoh satu (1) hari dan membuat penyelesaian dalam tempoh tiga (3) hari.
- Mengemaskini kandungan laman web jabatan dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh maklumat diterima.
UNIT PENEMPATAN PEKERJAAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)
- Memastikan permohonan pekerjaan OKU didaftarkan dalam tempoh satu (1) hari.
- Memastikan padanan kerja calon OKU yang berkelayakan dilaksanakan dalam tempoh satu (1) minggu.
- Memastikan penempatan pekerjaan OKU dibantu dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh didaftarkan.
- Melaksanakan pemantauan OKU yang telah ditempatkan bekerja dalam tempoh (6) bulan.