1.Boleh terangkan, apakah Program Jejak @ MARI ?
Program Jejak @ MARI adalah program berbentuk penyampaian sumbangan keperluan kepada golongan sasar yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
2.Siapakah golongan sasaran bagi sumbangan Jejak @ MARI?
Antara golongan sasaran bagi sumbangan Jejak @ MARI adalah ibu tunggal, OKU, golongan B40, usahawan ibu tunggal yang terjejas pendapatan, keluarga yang mempunyai anak OKU serta keluarga yang terjejas pendapatan akibat wabak Covid-19.
3.Apakah bentuk sumbangan yang diberi melalui program ini?
Bentuk sumbangan yang diberi adalah wang tunai dan barang keperluan harian seperti beras, tepung, gula, garam, minyak masak, bihun dan sebagainya.